i. al-Fadhil Ustaz, saya tahu ustaz amat mementingkan penjagaan hukum-hakam Islam. Saya juga sering melihat ustaz mengisi slot-slot ceramah memberi kefahaman Islam kepada masyarakat. Cuma dalam sanggahan ustaz kepada Syeikh al-Qaradawi bagi saya perlu diteliti semula. (Klik untuk menonton video)
ii. Maafkan saya ustaz jika saya katakan alangkah eloknya jika sebelum nak dakwa bahawa tidak ada ulama mazhab yang sebut "babi jadi suci" dalam isu istihalah ini jom tengok apa kata ulama mazhab dulu:
1. Mazhab Hanafi:
Kata Ibn Abidin:
لأن النار تأكل ما فيه من النجاسة حتى لا يبقى فيه شيء ، أو تحيله فيصير الدم رمادا فيطهر بالاستحالة ، ولهذا لو أحرقت العذرة وصارت رمادا طهرت للاستحالة ، كالخمر إذا تخللت ، وكالخنزير إذا وقع في المملحة وصار ملحا .
Maksudnya: kerana api memakan apa yang terkandung di dalamnya daripada sifat najis sehingga tidak berbaki lagi atau ia mengubahnya sehingga darah menjadi abu lalu ia suci dengan istihalah (transformasi). Atas sebab itu juga jika tahi dibakar dan menjadi abu juga menjadi suci seperti arak berubah menjadi cuka dan seperti KHINZIR apabila jatuh ke dalam garam dan (hancur) menjadi garam. (Hasyiah Radd al-Muhtar, cet: Dar al-Fikr, jld. 6, hlm. 735)
2. Mazhab Hanbali:
Ulama mazhab Hanbali meriwayatkan dua riwayat dari Imam Ahmad dalam isu ini. Riwayat pertama ia tidak suci kecuali arak yang berubah menjadi cuka. Riwayat kedua istihalah menjadikan sesuatu najis suci.
Ibn Taimiah (seorang yang bermazhab hanbali) menghuraikan isu ini:
وأما ما استحال بسبب كسب الإنسان، كإحراق الروث حتي يصير رماداً، ووضع الخنزير في الملاحة حتي يصير ملحاً، ففيه خلاف مشهور . وللقول بالتطهير اتجاه وظهور
Maksudnya: Manakala apa-apa yang beristihalah (transfom) dengan usaha manusia (bukan secara semulajadi) seperti pembakaran tahi sehingga menjadi abu dan meletakkan KHINZIR dalam garam sehingga hancur menjadi garam maka dalam isu ini ada khilaf (perbezaan pandangan yang masyhur). Bagi pandangan yang menyatakan ia menyucikan mempunyai arah dan kekuatan. (Majmu al-Fatawa, cet: dar al-Wafa', jld. 29, hlm. 601)
Maaf sekali lagi ustaz. Diharapkan ustaz terus berdakwah dengan membawa ilmu yang benar kepada masyarakat.
Abu Muaz Muhamad Rozaimi
8 Jun 2014
No comments:
Post a Comment