Thursday 28 August 2014

Jawapan Kedua Kepada Shaofiyyah an-Nuuriyyah Penilaian Hadis Jeliran Lidah

Setelah saya menulis jawapan balas saya kepada saudara Ibn Abdullah al-Katibi maka saya melihat terdapat seorang lagi ilmuwan yang bernama Shaofiyyah al-Nuuriyyah membalas kembali tulisan saya. Boleh baca tulisan beliau di sini. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada group ini kerana selalu bertujuan membetulkan perkara yang mereka anggap salah. Syabas diucapkan. Cuma pada saya, setiap teguran perlu berdasarkan bukti yang kukuh. Maka setelah membaca tulisan Shaofiyyah al-Nuuriyyah ini saya simpulkan terdapat beberapa lompongan juga dalam penilaian hadis. Saya mempunyai sangkaan yang kuat bahawa kedua-dua mereka ini tidak mendalami ilmu 'ilal hadith sehingga tidak mahir dalam ilmu Taarudh al-Wasl wa al-Irsal (percanggahan riwayat mausul (bersambung) dengan riwayat mursal (terputus) dari satu sumber/perawi). Maka saya jawapan saya kepada tulisan Shaofiyyah ini seperti berikut:

1. Kata Shaofiyyah:

"Isu hadits ini masuk masalah pertentangan antara hadits muttasil dan mursal yang diriwayatkan oleh Muhammad bin ‘Amr, mungkin mereka yang melemahkan riwayat ittisal dari Muhammad bin ‘Amr berpegang dengan kaidah sebagian ulama hadits yang lebih mendahulukan riwayat mursal secara muthlaq seperti imam ath-Thabari dan lainnya".

Saya jawab:


i. Saya tidak mendahulukan pandangan yang memilih riwayat mursal secara mutlak. Bahkan saya bawakan dalam artikel sebelum ini pandangan Ibn Rajab al-Hanbali dan al-Biqaie yang menyatakan bahawa HUFFAZ MUHADDITHIN MUTAQADDIMIN yang terdiri dari pakar 'ilal hadith mencari petunjuk (atau dalam istilah ilmu 'ilal hadith dipanggil qarinah) sebelum membuat apa-apa penilaian dan memilih sanad yang terpelihara (al-mahfuz). Saya tidak pasti adakah Shaofiyyah ini membaca dengan teliti artikel saya yang lepas dalam menjawab al-Katibi atau tidak kerana beliau seolah terlepas pandang isu ini. Saya bawakan sekali lagi kalam Ibn Rajab dan al-Biqaie dalam isu ini:

a. al-Biqa'ie
 إن ابن الصلاح خلط هنا طريقة المحدثين بطريقة الأصوليين ، فإن للحذاق من المحدثين في هذه المسألة نظر آخر لم يحكه وهو الذي ينبغي أن لا يعدل عنه وذلك أنهم لا يحكمون بحكم مطرد وإنما يدورون في ذلك مع القرائن

Maksudnya: Ibn al-Solah mencampur adukkan di sini antara cara muhaddithin dan cara usuliyyin (ulama usul fiqh). Sesungguhnya pakar-pakar ilmu hadis dari kalangan muhaddithin dalam isu ini mempunyai pandangan yang lain yang beliau (Ibn al-Solah) tidak ceritakan iaitu pandangan yang tidak boleh untuk kita lari daripadanya. Pandangan itu ialah mereka tidak meletakkan hukum (samada untuk memilih mausul atau mursal) dengan hukum yang umum sebaliknya mereka mencari petunjuk (untuk memilih riwayat yang terkuat) (Lihat: Burhan al-Biqaie, al-Nukat al-Wafiyyah, jld. 1, hlm. 426)

b. Ibn Rajab al-Hanbali ketika membicarakan tentang hukum tambahan pada sanad dan matan:


ولا فرق في الزيادة بين الإسناد والمتن، كما ذكرنا في حديث النكاح بلا ولي، وقد تكرر في هذا الكتاب ذكر الاختلاف في الوصل والإرسال، والوقف والرفع، وكلام أحمد وغيره من الحفاظ يدور على اعتبار قول الأوثق في ذلك، والأحفظ أيضا.

Maksudnya: Tidak ada beza dalam (penilaian) tambahan lafaz samada pada sanad ataupun matan seperti mana yang kita nyatakan sebelum ini dalam isu (periwayatan) hadis Nikah tanpa wali. Dan telah berulang dalam kitab ini contoh percanggahan antara riwayat mausul dan mursal dan percanggahan antara periwayatan hadis secara mauquf (sandarakan kalam kepada sahabat) dan marfu' (sandarakan kalam kepada Nabi). Dan kalam (Imam) Ahmad dan selainnya dari kalangannya huffaz berputar sekitar mengiktiraf riwayat perawi yang paling kuat ingatannya dan yang paling kuat hafalannya. (Lihat: Ibn Rajab al-Hanbali, Syarah Ilal al-Tirmizi, jld. 2, hlm. 637)

Jelas sekali dalam pandangan mereka bahawa metod huffaz muhaddithin mutaqaddimin dalam isu ini ialah mencari petunjuk atau bukti untuk memilih riwayat mursal atau mausul . Oleh itu, Syeikh Mahir Yasin Fahl (seorang tokoh 'ilal hadith zaman ini) selepas meneliti penilaian huffaz mutaqaddimin dalam isu ini menyatakan:

و قد ظهر لي من دراسة مجموعة من الأحاديث التي اختلف في وصلها و ارسالها ان الترجيح لا يندرج تحت قاعدة كلية ، لكن يختلف الحال حسب المرجحات والقرائن ، فتارة ترجح الرواية المرسلة وتارة ترجح الرواية الموصولة 

Maksudnya: Terzahir pada saya selepas menyelidiki sekumpulan hadis-hadis yang bercanggah sanadnya samada mausul  (bersambung) dan mursal (terputus) bahawa proses pentarjihan (memilih sanad yang terkuat) tidak termasuk di bawah kaedah yang umum. Tetapi proses ini berbeza keadaan mengikut sokongan dan petunjuk. Maka kadangkala dipilih sanad yang terputus dan kadangkala dipilih sanad yang bersambung. 

ii. Sebab itu saya bertanya kepada ahli-ahli pakar dalam ASWJ Research Group ini di mana bukti atau petunjuk yang menyatakan Muhammad bin 'Amr betul-betul mengingati hadis ini dengan baik? Bukti yang saya ada menunjukkan sanad yang sebenar ialah sanad yang mursal. Manakala sanad yang mausul adalah ma'lul (cacat) kerana Suluk al-Jadah. (Rujuk makna Suluk al-Jadah dalam artikel saya yang lepas) 

iii. Malangnya dalam artikel jawapan bahagian ini Shaofiyyah tidak membawa apa-apa sokongan untuk menyokong riwayat Muhammad bin 'Amr yang mausul. Saya kecewa kerana saudara al-Katibi dan saudari Shoufiyyah walaupun keduanya menulis artikel menjawab atikel saya tetapi keduanya tidak memberikan apa-apa bukti kepada saya untuk menjadikan hadis itu hasan. Saya sungguh kecewa.

2. Shaofiyyah lantas menyatakan lagi:


"Penilaian “ awhaam “ oleh al-Hafidz Ibnu Hajar bukan berarti beliau pasti wahm dalam meriwayatkan haditsnya. Kita lihat pendapat para ulama tentang Muhammad bin ‘Amr. Kita lihat pendapat para ulama tentang Muhammad bin ‘Amr: 
Imam Ibnu al-Mubarak menilainya “ Tidak mengapa “. Ibnu al-Madini bertanya kepada Yahya al-Qaththan, “ Bagaimana pendapatmu tentang Muhamamd bin ‘Amr ? beliau menjawab, “ Kamu mau yang bagaimana ? yang keras (syadid) atau ringan (afwun) ? Ibnu al Madini menjawab, “ Keras “, maka Yahya mengatakan, “ Ia (Muhammad bin ‘Amr) bukan termasuk orang yang keraskan (maksudnya tidak termasuk perawi yang cacat) “. Aku juga bertanya kepada imam Malik, dan beliau menjawab hal yang sama “.[2] Bahkan dalam riwayat yang lain Ibn al Madini menilai beliau tsiqah. Beliau juga mengatakan :

سمعت يحيى بن سعيد يقول: محمد بن عمرو أحب إلي من ابن أبي حرملة
“ Aku mendengar Yahya bin Sa’id mengatakan, “ Muhamamd bin ‘Amr lebih aku sukai daripada Ibnu Abi Harmalah “.[3]

Abu Hatim ar-Razi, seorang pakar hadits yang dikenal ketat dalam menta’dil perawi, beliau mengatakan tentang Muhammad bin ‘Amr :
صالح الحديث يكتب حديثه، وهو شيخ
“ Haditsnya baik, ditulis haditsnya dan ia adalah seorang syaikh “[4]

Adz-Dzahabi mengatakan, “
إذا وَثَّقَ أبو حاتم رجلاً فتمسّك بقوله. فإنه لا يوثِّق إلا رجلاً صحيح الحديث.
“ Jika Abu Hatim mentautsiq seorang perawi, maka eganglah ucapannya, kerana ia tidak mentautsiq seorang perawi kecuali orang yang sahih haditsnya “[5]

An-Nasai mengatakan, “ ia tidak mengapa, dan ia orang yang tsiqah “.[6] Ibnu Syahin pun menilainya tsiqah.[7]
Yahya al-Qaththan mengatakan :

وأما محمد ابن عمرو فرجل صالح ليس بأحفظ الناس للحديث
“ Muhammad bin ‘Amr adalah seorang yang shalih, bukan orang yang palih hafal dalam hadits “.[8]

Ini menunjukkan dhabthnya di bawah dhbath sahih yakni hasan.

Ishaq bin Manshur mengatakan :

عن يحيى بن معين: أنه سئل عن محمد بن عمرو، ومحمد بن إسحاق أيهما يقدم؟ فقال: محمد ابن عمرو
“ Dari Yahya bin Ma’in, “ sesungguhnya ia ditanya tentang Muhamamd bin ‘Amr dan Muhammad bin Ishaq, mana yang lebih didahulukan ? maka beliau menjawab, “ Muhammad bin ‘Amr “.[9]

Ibnu Abi Maryam menilai Muhammad bin ‘Amr tsiqah.[10]

Ibrahim bin Ya’qub menilainya tidak kuat.[11]

Dan masih banyak lagi tautsiq daripada ulama lainnya. Maka tampak banyak sekali ulama hadits yang menilai beliau tsiqah".

Saya jawab:
i. Penilaian "awham" oleh Ibn Hajar ialah berdasarkan penelitian beliau terhadap hadis-hadis riwayat Muhammad bin 'Amr. Walau sejauh mana kita cuba nak pertahankan Muhammad bin 'Amr ini, kita kena tahu bahawa beliau ada banyak kesilapan dalam periwayatan dan kerana itulah beliau digelar soduq lahu awham (yang mempunyai beberapa kesilapan). Bahkan Ibn Hibban sendiri menyatakan beliau melakukan kesilapan dalam riwayat dengan katanya:

 محمد بن عمرو بن علقمة بن وقاص الليثي من أهل المدينة، يروي عن أبي سلمة بن عبد الرحمن، كنيته أبو الحسن، روى عنه مالك والثوري والناس، مات سنة أربع أو خمس وأربعين ومائة، وكان يخطئ 

Maksudnya: Muhammad bin 'Amr bin 'Alqamah bin Waqqas al-Laithi dari Madinah. (beliau) Meriwayatkan dari Abi Salamah bin Abdul Rahman. Kunyahnya Abu al-Hasan. Meriwayatkan darinya Malik, al-Tsauri dan manusia (yang lain). Meninggal pada tahun 104 atau 105 H. Dan beliau melakukan KESILAPAN. (Rujuk: Ibn Hibban, al-Tsiqat, jld. 7, hlm. 377)  

Percanggahan dalam sanad ini jelas menunjukkan bahawa Muhammad bin 'Amr tidak mengingati hadis ini dengan baik. Bahkan beliau tertukar nama Hasan dan Husain untuk satu riwayat. Ia petunjuk yang kukuh untuk mengatakan beliau tidak mengingati dengan baik.
ii. Manakala pendapat Yahya bin Said dan Yahya bin Maien yang mendahulukan Muhammad bin 'Amr berbanding Ibn Abi Harmalah dan Muhammad bin Ishaq bukanlah tausiq (menyatakan tsiqah) secara mutlak. Sebaliknya ia hanya tausiq nisbi (perbandingan) iaitu yang mana lebih baik jika dibandingkan antara dua perawi daif atau soduq yang banyak melakukan kesilapan. Lihat kata al-Zahabi ini:

وينبغي أن يتأمل أيضا أقوال المزكين ومخارجها، فقد يقول العدل: فلان ثقة، ولا يريد به أنه ممن يحتج بحديثه وإنما ذلك على حسب ما هو فيه ووجه السؤال له، فقد يسأل عن الرجل الفاضل المتوسط في حديثه فيقرن بالضعفاء، فيقال: ما تقول في فلان وفلان وفلان؟ فيقول: فلان ثقة، يريد أنه ليس من نمط من قرن به

Maksudnya: Perlu untuk diteliti juga kata-kata ulama yang memuji (menyatakan tsiqah bagi seseorang perawi) dan puncanya. Berkemungkinan seorang yang adil berkata: "Fulan tsiqah (dipercayai kredibilitinya)" dan dia bukan bertujuan untuk menyatakan si fulan itu tergolong dalam golongan perawi yang boleh berhujah dengan hadisnya. Sebaliknya ia hanya menjawab mengikut (konteks) keadaan ketika itu dan bentuk soalan yang ditanya padanya. Mungkin dia ditanya tentang seorang perawi yang baik dan pertengahan (tidak terlalu kaut ingatan) dalam hadisnya dan dia (ditanya dalam keadaan) dibandingkan dengan perawi-perawi daif, seperti dikatakan: Apa pandangan kamu pada fulan, fulan dan fulan? Maka dia jawab: Fulan tsiqah. Dia hanya bertujuan untuk menyatakan bahawa si fulan itu bukan setara orang-orang yang dibandingkan dengannya. (Lihat: al-Zahabi, Lisan al-Mizan, jld. 1, hlm. 17)  

Tambahan pula bila Muhammad bin 'Amr dibandingkan dengan Abdul Rahman bin Harmalah. Sudah pasti Muhammad bin 'Amr lebih kuat ingatannya kerana Abdul Rahman bin Harmalah daif sehingga menerima talqin [1]

iii. Adapun nukilan-nukilan ulama yang memuji Muhammad bin 'Amr saya pun sudah membacanya sebelum ini. Tetapi amatlah tidak adil bagi seorang penyelidik ASWJ yang ingin menyelidiki status seorang perawi mengabaikan pandangan imam Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Maien ketika mengkritik al-Dhabt (kekuatan ingatan) Muhammad bin 'Amr. Saya bawakan kalam keduanya kerana mungkin saudari Shoufiyyah tidak pernah menjumpainya:

a. Imam Ahmad:

 كان محمد بن عمرو يحدث بأحاديث فيرسلها، ويسندها لأقوام آخرين. قال: وهو مضطرب الحديث، والعلاء أحب إلي منه.

Maksudnya: Sesungguhnya Muhammad bin 'Amr membaca hadis secara mursal, dan membacanya secara musnad (mausul) pula pada orang-orang lain. Beliau seorang mudtarib al-Hadith (perawi yang keliru) dan al-'Ala' lebih aku sukai daripadanya. (Lihat: Ibn Rajab al-Hanbali, Syarah 'Ilal al-Tirmizi, jld. 1, hlm 403)

b. Yahya bin Maien:

كان محمد بن عمرو يحدث مرة عن أبي سلمة بالشيء رأيه ، ثم يحدث به مرة أخرى عن أبي سلمة عن أبي هريرة.

Maksudnya: Sesungguhnya Muhammad bin 'Amr kadang-kadang membaca hadis dari Abu Salamah dengan menyandarkannya kepada pandangannya (iaitu secara mauquf tanpa disandarkan kepada Nabi sallallah alaih wasallam) dan kadang-kadang beliau membaca hadis yang sama dari Abu Salamah dari Abu Hurairah (iaitu menambah nama Abu Hurairah dalam sanad). (Tarikh Ibn Abi Khaithamah, jld. 4, hlm. 322)

Kritikan kedua-dua tokoh ini memang betul-betul berkaitan dengan hadis jeliran lidah ini. Mengapa seorang penyelidik boleh abaikan atau anda begitu tergesa-gesa untuk menulis untuk membantah pandangan saya sehingga tidak terjumpa pandangan kedua tokoh hadis ini? Maka dalam isu ini kita perlu mencari petunjuk untuk memastikan mana satu sanad yang sebenar (al-mahfuz) bagi hadis ini. Setakat kajian saya, majoriti anak murid Muhammad bin 'Amr yang tsiqah meriwayatkannya secara mursal maka itu sudah cukup untuk kita katakan sanad yang mausul adalah wahm (kesilapan) dari Muhammad bin 'Amr. 

iv. Bukankah bila berlaku pertembungan antara tausiq (pujian) dan tajrih (kritikan) pada seorang rawi kita perlu selesaikan dengan mendahulukan kritikan yang mufassar (dinyatakan sebabnya)? Maka Imam Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Maien telah nyatakan sebab kritikan mereka iaitu Muhamad bin 'Amr selalu membuat kesilapan dalam meriwayatkan secara mausul bagi hadis-hadis mursal dan meriwayatkan hadis mauquf secara marfu'.

v. Berkaitan kalam Abu Hatim:“ Haditsnya baik, ditulis haditsnya dan ia adalah seorang syaikh". Saudari Shoufiyyah bawa pula kalam al-Zahabi untuk menguatkan bahawa Abu Hatim menstiqahkan Muhammad bin 'Amr sehingga al-Zahabi mengatakan:“ Jika Abu Hatim mentautsiq seorang perawi, maka peganglah ucapannya, kerana ia tidak mentautsiq seorang perawi kecuali orang yang sahih haditsnya". 

Saya betul-betul terkejut dengan kenyataan ini. Apakah beliau tidak faham atau sengaja buat untuk tidak faham bahawa maksud kalam al-Zahabi dalam mentafsirkan kalam Abu Hatim itu ialah apabila Abu Hatim menilai perawi dengan perkataan Tsiqah (ثقة) atau Tsabat (الثبت) dan semisalnya. (Lihat: al-Judai', Tahrir Ulum al-Hadith, jld. 1, hlm. 368, Khalid al-Durays, al-Hadith al-Hasan, jld. 4, hlm.1942-1946)

Adapun dalam isu ini Abu Hatim menggunakan kalimah Salih al-Hadith, Syaikh dan Yuktab Hadisuhu (ditulis hadisnya). Maka saya bawakan kalam ANAK ABU HATIM SENDIRI IAITU IBN ABI HATIM dalam kitab al-Jarh wa al-Ta'dil ketika menjelaskan maksud istilah ayahnya dalam kritikan dan pujian kepada perawi:

وإذا قيل: صالح الحديث، فإنه يكتب حديثه للاعتبار

Maksudnya: Apabila dikatakan pada perawi; Salih al-Hadith maka maksudnya ialah hadisnya ditulis untuk i'tibar (mencari penyokong). (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 2, hlm. 37) 

Antara  bukti perkataan lafaz "salih al-hadith" bukanlah bermakna hadisnya menjadi hujah ialah Abu Hatim sendiri menjelaskannya ketika anaknya Ibn Abi Hatim bertanya kepadanya tentang status perawi bernama Umar bin Rubah, maka Abu Hatim menjawab:

 "صالح الحديث"، فقال ابنه: تقوم به الحجة ؟ فقال : "لا، ولكنه صالح"

Maksudnya: (Beliau) salih al-Hadith. Kata anaknya (Ibn Abi Hatim): Adakah hujah berdiri dengannya? (iaitu adakah hadisnya menjadi hujah). Jawab Abu Hatim: TIDAK, TETAPI BELIAU SALIH" (Lihat: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 6, hlm. 108)

Manakala maksud lafaz "Syeikh" pula Ibn Abi Hatim menjelaskan:

وإذا قيل: شيخ، فهو بالمنزلة الثالثه، يكتب حديثه وينظر فيه
 
Maksudnya: Apabila dikatakan maka perawi itu pada martabat ketiga. Hadisnya ditulis dan dilihat (dinilai).

al-Zahabi menjelaskan pula maksud lafaz "Syeikh" dan "Yuktab hadisuhu (ditulis hadisnya)" ketika mengulas perawi bernama al-Abbas bin al-Fadhl al-'Adni:

سمع منه أبو حاتم، وقال: شيخ، فقوله هو شيخ ليس هو عبارة جرح، ولهذا لم أذكر في كتابنا أحدا ممن قال فيه ذلك، ولكنها أيضا ما هي عبارة توثيق، وبالاستقراء يلوح لك أنه ليس بحجة. ومن ذلك قوله: يكتب حديثه، أي ليس هو بحجة. 
 
Maksudnya: Abu Hatim mendengar darinya (al-Abbas) dan mengatakan (beliau) sebagai "Syeikh".  Dan kata-kata Abu Hatim "syeikh" bukanlah lafaz kritikan. Oleh itu saya tidak masukkan dalam kitab ini seorang pun perawi yang dilabel (oleh Abu Hatim) dengan lafaz ini. Tetapi IA JUGA BUKANLAH LAFAZ TAUSIQ (pujian). Dengan penelitian menyeluruh anda akan dapati bahawa dia (orang yang dilabel syeikh) BUKANLAH HUJAH (iaitu hadisnya tidak menjadi hujah). Antaranya juga lafaz: "Yuktab hadisuhu (ditulis hadisnya)" maksudnya DIA BUKAN HUJAH. (Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 2, hlm. 385)

Maka terbukti dengan ini bahawa kalam al-Zahabi yang dinukil oleh saudari dalam isu ini tidak tepat. Justeru, bagi saya amat tidak molek meletakkan tafsiran al-Zahabi bukan pada tempatnya. Justeru nasihat saya berhati-hatilah. Janganlah sampai meletakkan cop kicap pada botol sos cili. Ia amat tidak sesuai. 

3. Shaofiyyah menjelaskan lagi:

"Riwayat-riwayat yang dirajihkan oleh mereka yakni dari Yazid bin Harun dan Muhammad bin Bisyr al Abdi, adalah perawi-perawi yang dinilai tisqah oleh para ulama. Maka dengan ini, hadits mereka  menjadi hasan, kerana Muhammad bin ‘Amr seimbang di dalam jarh dan ta’dilnya."

Saya jawab:

i. Sememangnya Yazid bin Harun dan Muhammad bin Bisyir tsiqah. Ia bukan isu utama kerana isunya ialah daifnya ingatan Muhammad bin 'Amr dalam hadis ini kerana meriwayatkannya secara bercanggah. 

ii. Seimbang dalam al-Jarh wa al-Ta'dil? Saya sudah bawa kalam imam Ahmad dan Yahya bin Maien dalam isu ini. Pembaca nilailah sendiri

4. Saudari Shoufiyyah lantas berkata:

"Contoh hadits beliau Hasan adalah :

Riwayat beliau dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulallah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة
“ Seandainya tidak memberatkan bagi umatku, maka aku akan menyruh mereka untuk bersiwak setiap sholat “. (HR. Bukhari)

Hadits ini dinilai hasan li dzatihi oleh para ulama hadits. Dan ia pun menjadi sahih lighairihi kerana ada thuruq (jalur-jalur) yang lainnya, oleh sebab itu imam Bukhari menilainya sahih. Jika Muhammad bin ‘Amr memiliki jarh yang menyebabkan haditsnya dinilai dhaif, lalu kenapa para ulama menilai hadits tersebut Hasan lidzatih bukan hasan lighairihi atau pun dhaif?"
Saya jawab:

i. Saya keliru. Apa kaitan hadis ini dengan hadis jeliran lidah yang dibincangkan sekarang? Tidakkah saudari tahu bahawa kita tidak menolak semua hadis-hadis Muhammad bin 'Amr. Kita hanya mendaifkan riwayat beliau yang bermasalah sahaja iaitu hadis yang berlaku percannggahan padanya dan terbukti bahawa dia silap.

ii. Jadi saya mahu bertanya kepada saudari, di mana berlaku percanggahan dalam hadis bersiwak ini? Di mana riwayat yang menyatakan bahawa Muhammad bin 'Amru melakukan percanggahan ketika meriwayatkan hadis bersiwak ini?

iii. Bahkan hadis ini sememangnya sahih dari Abu Hurairah dari banyak jalur selain jalur Muhammad bin 'Amr dari Abu Salamah iaitu jalur Abi al-Zinad dari al-A'raj, jalur al-Zuhri dari Humaid bin Abdul Rahman dan Ubaidullah bin Umar dari ٍSaid al-Maqburi. Semua mereka meriwayatkan dari Abu Hurairah. Oleh itu kata al-Bukhari:

وحديث أبي سلمة عن أبي هريرة عندي هو صحيح أيضا لأن هذا الحديث معروف من حديث أبي هريرة

Maksudnya: Hadis Abu Salamah dari Abu Hurairah pada saya sahih juga kerana hadis ini dikenali dari hadis Abu Hurairah. (Lihat: al-Tirmizi, al-'Ilal al-Kabir, hlm. 30-31)

iv. Izinkan saya membawa satu contoh kritikan al-Daraqutni (seorang tokoh 'ilal hadith) ke atas satu riwayat Muhammad bin 'Amru yang bercanggah yang hampir serupa dengan hadis jeliran lidah ini:
  
واختلف عن محمد بن عمرو بن علقمة ، فرواه يحيى بن زكريا بن أبي زائدة وعباد بن صهيب عن محمد بن عمرو عن أبي سلمة عن أبي هريرة.
وغيرهما يرويه عن محمد بن عمرو عن أبي سلمة مرسلا.
والصحيح عن محمد بن عمرو : المرسل.

Maksudnya: (Kata al-Daraqutni ketika membicarakan satu adis riwayat Muhammad bin 'Amr) berlaku percanggahan dari riwayat Muhammad bin 'Amr. Yahya bin Zakariya bin Abi Zaidah dan Abbad bin Suhaib meriwayatkan dari Muhammad bin 'Amr dari Abu Hurairah. Selain dari mereka berdua meriwayatkan dari Abu Salamah secara mursal (tanpa menyebut nama Abu Hurairah). YANG SAHIHNYA IALAH RIWAYAT MURSAL. (Lihat: al-Daraqutni, al-'Ilal, jld. 10, hlm. 235)

Bukankah al-Daraqutni menyatakan riwayat yang terpelihara bagi sanad Muhammad bin 'Amr dalam hadis ini ialah yang mursal? Mengapa tidak beliau hasankan sahaja hadis ini? bukankah kerana ada percanggahan dan beliau melihat majoriti anak murid Muhammad bin 'Amr meriwayatkan secara mursal?  

5. Saudari Shoufiyyah menyatakan lagi:

"Saya bagi isu contoh yang sama:

Al-Hamidi meriwayatkan  dalam musnadnya : 1/33 :

حدثنا سفيان، قال: حدثنا محمد بن عمرو بن علقمة، عن يحيى بن عبدالرحمن بن حاطب، عن عبدالله بن الزبير قال: «قال الزبير لما نزلت {ثم إنكم يوم القيامة عند ربكم تختصمون} قال الزبير: يا رسول الله، أتكرر علينا الخصومة بعد الذي كان بيننا في الدنيا؟ فقال: نعم، فقلت: إن الأمر إذاً لشديد
“ Telah menceritakan pada kami Sufyan, ia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin ‘Amr dari Yahya bin Abdurrahman bin Hathib dari Abdullah bin Zubair, ia berkata, “ Berkata Zubair, “ Ketika turun ayat, “ Kemudian kalian di hari kiamat akan saling bertikai (menuntut) di sisi Tuhan kalian “, Zubair berkata, “ Wahai Rasulallah, apakah pertikaian itu akan diulang pada kami setelah hal itu terjadi di anatara kami di dunia ?, Rasul menjawab, “ Ya dan sesungguhnya perkara itu lebih dahysat “.

At-Tirmidzi juga menyebutkan riwayat yang sama dalam sunannya, bahkan beliau menilai hadits ini Hasan Sahih.[14]

Kemudian dalam riwayat lainnya, diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabirnya :

قال: حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بنُ إِسْحَاقَ التُّسْتَرِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بنُ أَبِي شَيْبَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بنُ بِشْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بنُ عَمْرٍو، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بنِ حَاطِبٍ، عَنْ عَبْدِاللهِ بنِ الزُّبَيْرِ، قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ {إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِنْدَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ}.
“ Telah menceritakan pada kami al-Husain bin Ishaq at-Tusturi, ia berkata, telah menceritakan pada kami Utsman bin Abi Syaibah, telah menceritakan pada kami Muhammad bin Bisyr, ia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin ‘Amr, ia berkata, telah menceritakan Yahya bin Abdurrahman bin Hathib, dari Abdullah bin Zubair, ia berkata, “ Ketika turun kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ayat, Sesungguhnya engkau akan mati dan mereka pun akan mati, kemudian kalian di hari kiamat akan berselisih di sisi Tuhan kalian “.

Hadits pertama menisbatkan kepada az-Zubair sedangkan hadits kedua ini tidak menisbatkannya kepada az-Zubair melainkan kepada Abdullah bin az-Zubair. Demikian juga disebutkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya :

عن عَبْدالرَّحْمَنِ بن أَبِي الزُّبَيْرِ، قال: حدثنا أَبُو حَاتِمٍ الرَّازِيُّ، قال: حدثنا مُحَمَّدُ بنُ عَبْدِاللَّهِ الْأَنْصَارِيُّ، قال: حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بنُ عَمْرٍو اللَّيْثِيُّ، عَنْ يَحْيَى بنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ بنِ حَاطِبٍ، عَنْ عَبْدِاللَّهِ بنِ الزُّبَيْرِ، قَالَ: لمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ
“ Dari Abdurrahman bin Abi Zubair, ia berkata, telah menceritakan pada kami Abu Hatim ar- Razi, ia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin Abdillah al-Anshari, ia berkata, telah menceritakan padaku Muhammad bin ‘Amr al-Laitsi dari Yahya bin Abdurrahman bin Hathib dari Abdullah bin az-Zubair, ia berkata, “ Ketika ayat ini turun……”

Apakah hadits ini lemah kerana ada Muhammad bin ‘Amr dan salah saru riwayatnya tidak disbeutkan secara muttasil kepada az-Zubair?"

Saya jawab:

i. Pertama, namanya al-Humaidi bukan al-Hamidi. 

ii. Saya keliru bila membaca contoh ini. Apakah yang bermain di fikiran saudari sebenarnya? Adakah kerana terlalu nak menolak pandangan saya, saudari  terpaksa bawa contoh ini tanpa perlu semak siapa sebenarnya al-Zubair dan Abdullah bin al-Zubair itu? Tidakkah saudari tahu bahawa Abdullah bin al-Zubair adalah sahabat nabi sama seperti ayahnya al-Zubair? Maka gugurnya nama al-Zubair tidak memberi apa-apa kesan pada kesahihan sanad kerana ia dianggap mursal sahabat. Dan mursal sahabat ini diterima kerana sahabat semuanya adil dan berkredibiliti dalam riwayat. Begitu juga majoriti sahabat mendengar dari sahabat yang lain. Dan terlalu jarang mereka mengambil hadis dari tabien. Maka jika berlaku percanggahan sekalipun antara hadis begini ia tidak mencacatkan hadis. Kerana keduanya sahabat.

iii. Isu kita ini pula ialah apabila Abu Salamah bukan sahabat. Beliau adalah tabien.

Kesimpulan
Alhamdulillah setakat ini saya masih lagi berpendirian bahawa hadis ini daif kerana ia mursal. Namun jeliran lidah kepada mana-mana kanak-kanak tidaklah menjadi salah. Ia termasuk dalam perkara yang tidak perlu dalil yang membenarkan untuk kita lakukan. Tulisan saya hanyalah kajian ilmiah untuk meneliti adakah perbuatan ini sabit dari Nabi sallallah alaih wasallam. Perlu diingat bahawa bukan semua benda yang betul boleh kita sandarkan pada Nabi sallallah alaih wasallam. Jika saya katakan, saya lelaki maka kenyataan saya betul tetapi ia tidak bermakna Nabi sallallah alaih wasallam pernah bersabda bahawa saya lelaki. Tetapi apa yang pasti semua yang disebut Nabi sallallah alaih wasallam adalah wahyu. Wallahua'lam

Nota kaki
[1] Talqin dalam ilmu hadis bermaksud syeikh hadis yang membenarkan kalam seseorang yang menyatakan sesebuah hadis adalah riwayat syeikh berkenaan. Sedangkan pada hakikatnya itu bukanlah riwayatnya. Penerima talqin ini membenarkan kalam orang tersebut kerana ingatannya tidak kuat sehingga dia menyangka kalam orang yang menyatakan hadis itu adalah riwayat syeikh itu adalah benar.

Abu Muaz Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
29 Ogos 2014

Wednesday 27 August 2014

Status Hadis Ganjaran Memberitahu Masuknya Bulan Zulkaedah

Tiada asal bagi hadis di dalam gambar di bawah ini. Moga penyebarnya bertaubat. Jangan kerana galak nak berdakwah neraka pula yang ditempah. Berhati-hatilah.





Abu Muaz Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
28 Ogos 2014

Tuesday 26 August 2014

Jawapan Kepada al-Katibi Terhadap Hadis Jeliran Lidah

Sebelum ini saya telah menulis tentang status hadis jeliran lidah dan saya beranggapan bahawa hadis tersebut daif kerana terdapat percanggahan pada sanadnya dan saya beranggapan bahawa sanad yang kuat bagi hadis tersebut ialah mursal. Maka hadis ini daif kerana sanadnya terputus dan saya telah berikan bukti dan petunjuk untuk menyokong dakwaan saya. Klik di sini untuk bacaan lanjut berkaitan perbincangan lanjut.

Kemudian, saya telah dimaklumkan bahawa terdapat seseorang yang bernama Ibn Abdillah al-Katibi telah menulis artikel menjawab tulisan saya berkaitan status hadis jeliran lidah. Klik di sini untuk bacaan lanjut. 

Setelah membaca artikel al-Katibi ini saya dapati beberapa lompongan yang perlu diluruskan. Berikut komentar saya terhadap artikel beliau:

1. Saudara al-Katibi seolah-olah tidak boleh menilai isu hadis ini secara menyeluruh dan tidak tahu apa sebab yang menjadikan riwayat Muhammad bin 'Amr ini lemah sehingga beliau menyatakan:


"Namun oleh sebagian orang sesudahnya dinilai dhaif (lemah) dengan tuduhan periwayatan terhadap perawi yang bernama Muhammad bin ‘Amr berlaku pertentangan dengan riwayat lainnya."

Saya katakan:

i. Kenyataan al-Katibi ini amat ajaib. Beliau seolah-olah tidak memahami kritikan pada sanad hadis ini. Di mana percanggahan antara riwayat Muhammad bin 'Amr dengan riwayat lain yang beliau dakwa? Saya tidak nampak riwayat lain yang bercanggah dengan riwayat Muhammad bin 'Amr ini.

ii. Ini kerana percanggahan yang berlaku bukan antara riwayat Muhammad bin 'Amr dengan riwayat perawi lain sebaliknya ia percanggahan dengan riwayatnya sendiri! Iaitu ada riwayat beliau meriwayatkannya melalui jalur Abu Hurairah dan dalam riwayat yang lainnya beliau sendiri gugurkan nama Abu Hurairah. Percanggahan berlaku dalam riwayat beliau sendiri maka beliau dalam isu ini digelar Madar al-Riwayah ataupun pusat bagi sanad hadis ini. Orang yang mempelajari ilmu Ilal al-Hadith akan memahami isu ini dengan baik. 

iii. Kegagalan menetapkan Madar al-Riwayah menjadikan saudara al-Katibi tidak memahami isu dengan baik.

2. Setelah membawakan riwayat Muhammad bin 'Amru dari jalur Ibn Hibban, Ibn Saad, Hannad bin al-Sari (bukan al-Sirri seperti yang dinyatakan oleh al-Katibi) al-Baghawi dan lain-lain, saudara al-Katibi menyatakan pula:

"Melihat hadits ini, ternyata banyak sekali jalur periwayatannya (thuruqul hadits) sebagaimana telah saya sebutkan di atas. Maka memungkinkan masing-masing riwayat saling menguatkan sehingga al-Iraqi menilainya hadits Hasan" 

Saya jawab:

i. Ini juga suatu yang ajaib bagi saya. Bagaimana mungkin saudara al-Katibi menyatakan hadis ini banyak jalur? Kerana jika diperhatikan semua jalurnya bertemu pada Muhammad bin 'Amr. Di mana jalur yang lain? 

ii. Sudahlah tiada jalur yang lain, al-Katibi nyatakan pula bahawa jalur yang banyak dapat menguatkan antara satu sama lain. Bagaimana pula jalur yang satu boleh menguatkan dirinya sendiri? Saya keliru dengan artikel ini.

iii. Manakala penilaian al-Iraqi itu saya akan bincangkan kemudian.

3. al-Katibi menyatakan lagi:

"Dalam hadits Nabi menjilirkan lidah kepada Hasan ini, terdapat seorang perawi yang bernama Muhammad bin ‘Amr yang oleh ulama dinilai tidak termasuk ahli itqan (lemah hafalan). Namun beliau adalah seorang yang sudah masyhur dengan kejujuran dan keadilannya. Kasus perawi semacam ini, tidak boleh dengan serta merta menolaknya, akan tetapi perlu melihat i’tibarnya dengan mengkaji jalu-jalur lainnya yang ada. Jika ada jalur periwayatan lainnya yang mu’tabar, maka haditsnya menjadi kuat. Dan ternyata hadits Muhamamd bin ‘Amr ini memiliki banyak jalur lainnya di antaranya dari jalul imam al-Baghawi sebaimana telah saya sebutkan di awal (nomor dua), sanadnya muttasil sebagai berikut bahwa imam al-Baghawi" 

Saya jawab:

i. Ya benar sememangnya perawi seperti Muhammad bin 'Amr kita tidak menolak periwayatannya secara mutlak sebaliknya kita perlu meneliti adakah beliau betul-betul mengingati hadis ini atau tidak. Maka pencarian riwayat lain perlu untuk membandingkannya dengan riwayat beliau.

ii. Jika al-Katibi menjadikan riwayat al-Baghawi sebagai penguat kepada riwayat Muhammad bin 'Amr, saya katakan ini suatu keajaiban kerana riwayat al-Baghawi sebenarnya bukan penguat sebaliknya ia adalah riwayat Muhammad bin 'Amr sendiri. Saya bawakan teks al-Baghawi:

حدثنا المطهر بن علي الفارسي ، أنا محمد بن إبراهيم الصالحاني، أنا أبو محمد عبد الله بن محمد بن جعفر المعروف بأبي الشيخ، أنا ابن أبي عاصم، نا أبو بكر بن أبي شيبة ، نا محمد بن بشر، نا محمد بن عمرو، عن أبي سلمة عن أبي هريرة قال: كان النبي r ليدلع لسانه للحسن بن علي، فيرى الصبي حمرة لسانه ، فيبهش إليه.

“ Telah mengkhabarkan pada kami al-Muthahhar bin Ali, telah mengkhabarkan pada kami Muhammad bin Ibrahim, telah mengkhabarkan pada kami Abdullah bin Muhammad bin Ja’far, telah mengkhabarkan pada kami Ibnu Abi ‘Ashim, telah mengkhabarkan pada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah, telah mengkhabarkan pada kami Muhammad bin ‘Amr dari Abi Salamah dari Abu Hurairah Ra, ia berkata, “ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salamm pernah menjelirkan lidahnya kepada Hasan bin Ali, lalu Hasan yang masih kecil itu melihat kemerahan lidah Nabi, maka Hasan merasa seronok. 

Perhatikan pada sanad al-Baghawi. Terpampang nama Muhammad bin 'Amr. Ia adalah riwayat Muhammad bin 'Amr sendiri. Maka tidak mungkin menjadikannya sebagai penguat untuk riwayatnya sendiri.


4. al-Katibi mengulas riwayat al-Baghawi ini dengan katanya:

"Maka kesimpulannya hadits ini adalah dhaifh (ringan) kerana ada perawi yang majhul hal, Maka dengan adanya riwayat al-Baghawi ini melalui jalur Ibnu Abi Syaibah, dimungkinkan Muhammad bin ‘Amr memiliki dua wajh (cara) dalam periwayatannya, terkadang mengirsalkannya dan terkadang mewashalkannya".

Saya jawab:

i. Ayat ini seolah-olah al-Katibi mahu menyatakan kedua-kedua cara periwayatan iaitu mausul (dengan menyebut nama Abu Hurairah) dan mursal (tanpa menyebut Abu Hurairah) adalah benar. Jika benar sangkaan saya maka saya katakan: "Wah, amat mudahnya saudara al-Katibi membuat rumusan. Bagaimana mungkin beliau menganggap keduanya benar? Apakah bukti dan petunjuk yang al-Katibi gunakan? 

ii. Masih terngiang-ngiang dalam kepala saya nasihat saudara al-Katibi supaya berhati-hati apabila menilai sesuatu hadis. Alangkah bagusnya jika kita nasihatkan sesuatu kita yang mulakan dahulu. Maka berhati-hati sebelum membuat kesimpulan untuk penilaian sesuatu hadis wahai saudara. Carilah petunjuk dan bukti dahulu sebelum buat kesimpulan bahawa kedua-dua cara periwayatan ini benar dan terpelihara (mahfuz).

5. al-Katibi lantas menukilkan kalam Ibn Hajar dengan katanya:

الحسن لغيره هو رواية المستور والمرسل والمدلس وسيئ الحفظ إذا اعتضد بمعتبر ؛ لأن كلا من الطرق الموصوفة بذلك يحتمل كونه صواباً أو غير صواب ، فيتوقف فيه حتى توجد قرينة ترجح أحد الاحتمالين
“ Hadits Hasan li ghairihi adalah riwayat mastur, mursal, mudallas dan buruk hafalan jika dikuatkan dengan riwayat yang mu’tabar, kerana semua jalur yang disifati dengan itu dimungkinkan statusnya benar (sahih) atau tidak benar, maka tawaqquf di dalammnya hingga menemukan qarinah (indikasi) yang menguatkan salah satu kemungkinan itu  

Saya jawab:

i. Benar sekali kata Ibn Hajar. Kita perlu mencari riwayat untuk menguatkan hadis perawi yang lemah ingatannya. Maka nukilan ini tidak sekali-kali menyokong anda wahai saudara al-Katibi. Bahkan ia mendesak anda untuk mencari riwayat lain untuk menguatkan riwayat Muhammad bin 'Amr. 

ii. Setakat ini saudara al-Katibi tidak membawa apa-apa riwayat dari jalur selain Muhammad bin 'Amr untuk menguatkan riwayatnya. Semua riwayat yang dibawa adalah riwayat anak-anak murid Muhammad bin 'Amr. Tiada riwayat dari jalur lain.

6. Kata al-Katibi lagi:

"Adapun jalur yang diriwayatkan oleh Ibn Sa’ad (nomor 3 dan al-Askari (nomor 4) secara mursal, justru kedua riwayat ini dikuatkan dengan dua riwayat dari Abu Syaikh dan al-Baghawi karena disebutkn secara musnad. Sehingga dua hadits mursal tersebut statusnya menjadi hasan. Sebagaimana kaidah ulama bahwa hadits mursal menjadi kuat jika ada hadits lainnya yang sanad periwayatannya disebutkan secara musnad. Dan sebenarnya sama ada yang maushul ataupun yang mursal, menjadi mutabi’ bagi yang riwayat yang lainnya, sehingga satu dengan yang lainnya saling menguatkan.  Inilah mengapa Imam al-Iraqi, al-Albani (tokoh wahabi) dan Syuaib al-Arnauth menilai hadits riwayat Abu Syaikh ini hadits Hasan.   

Saya jawab:

i. Menjadi mutabi' (penyokong)? Bagaimana riwayat Muhammad bin 'Amru yang dipertikaikan ingatannya menjadi mutabi' untuk dirinya sendiri? Ini juga ajaib.

ii. Riwayat Mursal dan Mausul jika berlaku dalam satu periwayatan dari sumber (perawi) yang satu kita namakannya sebagai Taarudh al-Wasl wa al-Irsal. Dan ulama mempunyai perbezaan pendapat mengenai cara penilaiannya. Mutabi' berlaku apabila ada perawi lain selain Muhammad bin 'Amru meriwayatkan hadis ini secara mausul. Pada ketika itu barulah kita jadikannya sebagai mutabi'. Ia bukan mudah-mudah untuk kita nilainya sebagai hasan. 

iii. Manakala penilaian al-Albani pula saya dapati beliau seolah-olah tidak menjumpai sanad yang mursal kerana dalam al-Silsilah beliau tidak sebut langsung sanad yang mursal untuk hadis ini. (Lihat: al-Silsilah al-Sahihah, jld. 1, hlm. 151-152) Maka beliau menghukum hadis dengan yang zahir dari sanadnya. Adapun penilaian al-'Iraqi dan guru saya Syeikhuna Syuaib al-Arnout saya menghormati keduanya tetapi dalam isu ini mereka tersilap kerana percanggahan hadis ini perlu diselesaikan dengan membawa bukti dan dalil. Ataupun keduanya telah mengambil pandangan Usuliyyun yang memilih hadis mausul secara mutlak bila berlaku percanggahan antara riwayat mausul dan mursal. Sedangkan metod huffaz mutaqaddimin tidak begitu. Saya akan bawa kalam muhaddithin dalam isu ini nanti.

7. al-Katibi menyatakan lagi:

"Terlalu pra-matang (premature) menetapkan hadits Muhammad bin ‘Amr tersebut hadits dhaif kerana memiliki kesilapan atau keburukan hafalannya, kerana tidak semua perawi yang memiliki sifat wahm atau buruk hafalan kena ditolak haditsnya secara muthlak, ini salah. Sebab ia boleh diterima jika ada i’tibar dari jalur periwayatan lainnya. Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan :

الحسن لغيره هو رواية المستور والمرسل والمدلس وسيئ الحفظ إذا اعتضد بمعتبر ؛ لأن كلا من الطرق الموصوفة بذلك يحتمل كونه صواباً أو غير صواب ، فيتوقف فيه حتى توجد قرينة ترجح أحد الاحتمالين
“ Hadits Hasan li ghairihi adalah riwayat mastur, mursal, mudallas dan buruk hafalan jika dikuatkan dengan riwayat yang mu’tabar, kerana semua jalur yang disifati dengan itu dimungkinkan statusnya benar (sahih) atau tidak benar, maka tawaqquf di dalammnya hingga menemukan qarinah (indikasi) yang menguatkan salah satu kemungkinan itu
Apatah lagi Muhammad bin ‘Amr tersohor (masyhur) ia seorang perawi yang amanat, jujur dan adil".
Saya jawab:

i. Pra-matang? Atau penilaian anda yang pra-matang sehingga menukil kalam Ibn Hajar dengan tujuan untuk menyokong dakwaan anda tetapi sebenarnya ia melawan dakwaan anda? 

ii. Ibn Hajar inginkan penyokong untuk menguatkan riwayat perawi daif. Di mana riwayat mutabi' (penyokong) untuk menyokong riwayat ini wahai saudara?

iii. Kenyataan al-Katibi bahawa Muhammad bin 'Amr sebagai seorang amanat dan jujur untuk menguatkan hadis ini sebenarnya yang pra-matang bagi saya. Mengapa saya berkata begitu? Adakah saudara al-Katibi tidak tahu bahawa amanat dan jujur semata tidak cukup untuk menguatkan hadis? Ia perlukan syarat yang lain iaitu ingatan yang baik yang dikenali sebagai al-Dhabt (الضبط). Berapa ramai perawi hadis yang amanah lalu dihukum daif riwayat mereka kerana lemah ingatan? Adakah al-Katibi tidak sedar hakikat ini? Alangkah moleknya kalam Imam Malik ini menjadi contoh untuk menolak dakwaan saudara al-Katibi:

 إن هذا العلم دين، فانظروا عمن تأخذون دينكم، لقد أدركت سبعين عند هذه الأساطين -وأشار الى مسجد الرسول صلى الله عليه وسلم- يقولون: "قال رسول الله صلى الله عليه و سلم"، فما أخذت عنهم شيئا، وإن أحدهم لو ائتمن على بيت مال لكان به أمينا إلا أنهم لم يكونوا من أهل هذا الشان

Maksudnya: Ilmu (hadis) ini agama maka lihatlah dari siapa kamu mengambil agama kamu. Sesungguhnya aku menjumpai 70 orang di tiang-tiang ini (sambil menunjukkan ke arah masjid nabawi) dan mereka berkata: "Sabda Nabi sallallah alaih wasallam...(iaitu mereka meriwayatkan hadis)" (tetapi) aku tidak mengambil sesuatu (hadis) pun dari mereka. DAN SESUNGGUHNYA SALAH SEORANG DARI MEREKA JIKA DIBERI AMANAH MENJAGA BAITULMAL (HARTA) SUDAH TENTU DIA AMANAH (MENJAGANYA) TETAPI MEREKA BUKANLAH AHLI DALAM ILMU INI (INGATAN MEREKA LEMAH) (Lihat: al-Khatib al-Baghdadi, al-Kifayah fi 'Ilm al-Riwayah, hlm. 159) 

Lihat kalam Imam Malik ini. Amanah semata tidak menjadikan sesebuah riwayat sebagai hasan. Saya tidak pernah mempertikaikan sifat jujur Muhammad bin 'Amr. Sebaliknya apabila Muhammad bin 'Amr melakukan percanggahan dalam riwayat ini maka saya perlu nilai ingatannya dan memilih jalur yang sebenar-benarnya (mahfuz

8. al-Katibi menyatakan lagi:

Bahkan al-Hafidz Ibnu Hajar lebih jelas mengatakan :
إذا كان راوي الحديث متأخرا عن درجة أهل الحفظ والإتقان غير أنه من المشهورين (بالصدق والستر) ، وروي حديثه من غير وجه، فقد اجتمعت له القوة من الجهتين، وذلك يرقي حديثه من درجة الحسن إلى درجة الصحيح.مثاله: حديث (محمد بن عمرو بن علقمة) عن أبي سلمة عن أبي هريرة – رضي الله عنه
“ Jika seorang perawi hadits kurang dari derajat ahli hafalan dan kuat ingatan, akan tetapi ia termasuk orang yang masyhur (tersohor) dengan kejujurannya dan keadilan, dan diriwayatkan haditsnya dari cara yang berbeza, maka telah terkumpul baginya kekuatan dari dua wajh tersebut, dengan demikian haditsnya naik dari derajat hasan menjadi derajat sahih, misalnya hadits Muhammad bin Amr bin ‘Alqamah dari Abi Salamh dari Abu Hurairah “
Saya jawab:

i. Saya ulang nasihat saudara al-Katibi kepada saya. Berhati-hatilah dalam penilaian ilmu. Sebenarnya kalam yang anda bawa ini bukan kalam Ibn Hajar wahai saudara al-Katibi. Ia adalah kalam Ibn al-Solah dalam muqaddimahnya. (Lihat: al-Muqaddimah, hlm. 35)

ii. Kalam Ibn al-Solah ini juga menyokong pernyataan saya. Kita perlukan riwayat lain untuk menyokong riwayat Muhammad bin 'Amr ini. Buktinya Ibn Hajar memberikan contoh yang lain untuk menerangkan maksud kalam Ibn al-Solah ini dengan berkata:

ومن ذلك حديث أبي بن العباس بن سهل بن سعد عن أبيه عن جده رضي الله تعالى عنه في ذكر خيل النبي صلى الله عليه وسلم.
وأبي هذا قد ضعفه لسوء حفظه أحمد بن حنبل ويحي بن معين والنسائي، ولكن تابعه عليه أخوه عبد المهيمن بن العباس؛ أخرجه ابن ماجه من طريقه. وعبد المهيمن أيضا فيه ضعف، فاعتضد.

Maksudnya: Antaranya (contoh hadis yang dikuatkan dengan mutabi') hadis Ubai bin al-'Abbas bin Sahl bin Saad dari ayahnya dari datuknya dalam menyebut (nama) kuda Nabi sallallah alaih wasallam. Ubai ini didaifkan oleh Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Maien dan al-Nasaie kerana buruknya hafalannya. Tetapi saudara kandungnya Abdul Muhaimin bin al-'Abbas menyokong riwayatnya yang mana riwayatnya diriwayatkan oleh Ibn Majah. Abdul Muhaimin juga daif tetapi dikuatkan (dengan sokongan riwayat Ubay). (Lihat: Ibn Hajar, al-Nukat, jld. 1, hlm. 416-417)

Maka jelas di sini Ibn Hajar menguatkan riwayat Ubay kerana sokongan riwayat saudara kandungnya dari jalur ayah mereka. Tetapi hadis jeliran lidah ini punca masalahnya pada Muhammad bin 'Amr tetapi tiada sokongan riwayat perawi lain yang menyokong riwayatnya yang mausul. Yang ada hanyalah riwayat anak-anak murid beliau yang semuanya meriwayatkan dari beliau.

9. Kata al-Katibi lagi:


"Bahkan imam an-Nawawi mengatakan :

إذا روي الحديث موصولا ومرسلا ، فالحكم للاتصال عند جمهور العلماء لأنها زيادة ثقة ، وهي مقبولة عند الجماهير
“ Jika suatu hadits diriwayatkan secara maushul dan mursal, maka hukumnya (ditetapkan) yang maushul menurut pendapat mayoritas ulama, kerana ia merupakan tambahan tsiqah, dan ini diterima menurut mayoritas ulama" 
Saya katakan:
i. Isu yang dibincangkan oleh Imam Nawawi ini dipanggil Taarudh al-Wasl wa al-Irsal (percanggahan riwayat mausul (bersambung) dengan riwayat mursal (terputus) dari satu sumber/perawi). Pandangan imam Nawawi yang memilih untuk mendahulukan riwayat mausul berbanding riwayat mursal secara mutlak sebenarnya adalah pandangan Ibn al-Solah dan ia tidak tepat di sisi ulama hadis yang lain. Ia dikritik oleh ramai muhaddithin. Ini kerana jika berlaku percanggahan dalam satu riwayat dan yang tepat hanyalah yang mausul walaupun majoriti perawi meriwayatkannya secara mursal maka bilakah akan berlakunya syaz (ganjil) pada sanad? (Lihat: Ibn Hajar, al-Nukat, jld. 2, hlm. 653-654) Saya bawakan kalam sebahagian dari muhaddithin yang mengkritik pandangan ini:
a. al-Biqa'ie
 إن ابن الصلاح خلط هنا طريقة المحدثين بطريقة الأصوليين ، فإن للحذاق من المحدثين في هذه المسألة نظر آخر لم يحكه وهو الذي ينبغي أن لا يعدل عنه وذلك أنهم لا يحكمون بحكم مطرد وإنما يدورون في ذلك مع القرائن

Maksudnya: Ibn al-Solah mencampur adukkan di sini antara cara muhaddithin dan cara usuliyyin (ulama usul fiqh). Sesungguhnya pakar-pakar ilmu hadis dari kalangan muhaddithin dalam isu ini mempunyai pandangan yang lain yang beliau (Ibn al-Solah) tidak ceritakan iaitu pandangan yang tidak boleh untuk kita lari daripadanya. Pandangan itu ialah mereka tidak meletakkan hukum (samada untuk memilih mausul atau mursal) dengan hukum yang umum sebaliknya mereka mencari petunjuk (untuk memilih riwayat yang terkuat) (Lihat: Burhan al-Biqaie, al-Nukat al-Wafiyyah, jld. 1, hlm. 426)


b. Ibn Rajab al-Hanbali ketika membicarakan tentang hukum tambahan pada sanad dan matan:

ولا فرق في الزيادة بين الإسناد والمتن، كما ذكرنا في حديث النكاح بلا ولي، وقد تكرر في هذا الكتاب ذكر الاختلاف في الوصل والإرسال، والوقف والرفع، وكلام أحمد وغيره من الحفاظ يدور على اعتبار قول الأوثق في ذلك، والأحفظ أيضا.

Maksudnya: Tidak ada beza dalam (penilaian) tambahan lafaz samada pada sanad ataupun matan seperti mana yang kita nyatakan sebelum ini dalam isu (periwayatan) hadis Nikah tanpa wali. Dan telah berulang dalam kitab ini contoh percanggahan antara riwayat mausul dan mursal dan percanggahan antara periwayatan hadis secara mauquf (sandarakan kalam kepada sahabat) dan marfu' (sandarakan kalam kepada Nabi). Dan kalam (Imam) Ahmad dan selainnya dari kalangannya huffaz berputar sekitar mengiktiraf riwayat perawi yang paling kuat ingatannya dan yang paling kuat hafalannya. (Lihat: Ibn Rajab al-Hanbali, Syarah Ilal al-Tirmizi, jld. 2, hlm. 637)

Penilaian saya dalam artikel yang lalu, saya telah nyatakan bahawa jalur yang tepat bagi hadis jeliran lidah ini ialah jalur mursal . Ini kerana tiga orang perawi yang kuat ingantannya telah meriwayatkan hadis ini secara mursal iaitu Yazid bin Harun, Abdah bin Sulaiman dan Muhammad bin Bisyir (seperti dalam riwayat Ibn Saad). Manakala riwayat mausul pula ia riwayat Khalid bin Abdillah. Beliau tsiqah tetapi majoriti anak murid Muhammad bin 'Amr telah meriwayatkannya secara mursal. Maka riwayat mereka lebih kuat dan perlu didahulukan. Bukti Muhammad bin 'Amru tidak mengingati hadis ini dengan baik adalah perkara berikut:

1. Muhammad bin Bisyir meriwayatkan dari Muhammad bin 'Amr dengan dua cara. Sekali mausul dan sekali mursal. Ini menunjukkan Muhammad bin 'Amr tidak mengingati hadis ini dengan baik. Tambahan pula Ibn Hajar menyebut beliau soduq yang mempunyai kesilapan. Dan hadis ini antara kesilapan beliau. Buktinya riwayat ini adalah hadis yang beliau riwayatkan dari Abu Salamah dari Abu Hurairah. Beliau mempunyai kesilapan dalam riwayat Abu Salamah. Yahya bin Maien menjelaskan:

كان محمد بن عمرو يحدث مرة عن أبي سلمة بالشيء رأيه ، ثم يحدث به مرة أخرى عن أبي سلمة عن أبي هريرة.

Maksudnya: Sesungguhnya Muhammad bin 'Amr kadang-kadang membaca hadis dari Abu Salamah dengan menyandarkannya kepada pandangannya (iaitu secara mauquf tanpa disandarkan kepada Nabi sallallah alaih wasallam) dan kadang-kadang beliau membaca hadis yang sama dari Abu Salamah dari Abu Hurairah (iaitu menambah nama Abu Hurairah dalam sanad). (Tarikh Ibn Abi Khaithamah, jld. 4, hlm. 322)

2. Maka petunjuk ini sangat kuat untuk saya katakan bahawa Muhammad bin 'Amr telah melakukan Suluk al-Jadah dalam riwayat ini.[1] 


10. al-Katibi menyatakan lagi:

"Adapun riwayat-riwayat yang menyebutkan nama Hasan dan riwayat yang menyebutkan nama Husain yang seolah saling bertentangan, maka solusi terbaik yang merupakan kaidah jumhur muhadditsin dalam menyikapi hal ini adalah dengan mengkompromikan hadits-hadits yang seolah kontradiksi tersebut. Maka hadits yang menyebutkan Hasan dan hadits yang menyebutkan Husain, dikompromikan keduanya bahwasanya kisah ini terjadi kepada keduanya yakni Hasan dan Husain , hal ini tidak menutup kemungkinannya, kerana Nabi sama-sama mencintai kedua cucunya sepenuh hati.

Saya jawab: 

i. Di mana petunjuk yang menyatakan peristiwa ini berlaku 2 kali? 

ii. Dengan menjadikan kisah ini berlaku 2 kali saudara al-Katibi fikir akan menyelesaikan masalahnya. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Jika ia berlaku 2 kali maka kedua-dua riwayat ini adalah riwayat berasingan. Maka riwayat mana yang sahih? Ini kerana nama Husain disebut dalam riwayat mausul dan mursal sama seperti nama Hasan juga yang disebut dalam riwayat mausul  dan mursal ? Dan jika ia berlaku 2 kali bagaimana mungkin anda menjadikan keduanya sebagai mutabi' (sokongan)? Kerana mutabi' mestilah datang dari jalur yang sama dan hadis yang sama. Jika dalam hadis yang berbeza maka riwayat penyokong dinamakan syawahid. Dan anda perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara riwayat mausul dan mursal kisah Hasan dahulu sebelum menjadikannya penyokong bagi kisah Husain. Masalah menjadi lebih rumit bukan?

iii. Saya cenderung untuk menyatakan bahawa ia hanya berlaku sekali sahaja kerana riwayatnya cuma 1 iaitu dari jalur Muhammad bin 'Amr dan lafaz hadisnya juga sama. Tiada bukti juga untuk dikatakan ia berlaku 2 kali.

iii. Percanggahan nama ini menunjukkan bahawa Muhammad bin 'Amr tidak dapat mengingat hadis ini dengan baik dengan baik sehingga tertukar nama Hasan dan Husain.

Kesimpulan

Akhirnya saya ingin katakan bahawa kita bukan hanya perlu berhati-hati untuk mendaifkan hadis. Bahkan kita juga perlu berhati-hati untuk mensahihkan hadis kerana setiap apa yang disandarkan kepada Nabi sallallah alaih wasallam adalah agama. Maka berhati-hatilah.

Nota kaki
[1] Suluk al-Jadah ialah petunjuk kepada kecacatan tersembunyi bagi riwayat hadis. Maksud Suluk al-Jadah ialah melalui jalan yang biasa. Seperti contoh hadis ini, sebenarnya riwayat yang tepat bagi hadis ini ialah secara mursal tetapi oleh kerana Abu Salamah selalu meriwayatkan hadis dari jalur Abu Hurairah dalam riwayat-riwayat yang lain maka Muhammad bin 'Amr pun meriwayatkan hadis yang mursal ini dari Abu Hurairah dengan menambah nama Abu Hurairah dalam sanad ini kerana menyangka ia riwayat ABu Hurairah. Maka beliau melalui jalan yang biasa bagi riwayat Abu Salamah.

Abu Muaz Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
27 Ogos 2014