Setelah saya menulis jawapan balas saya kepada saudara Ibn Abdullah al-Katibi maka saya melihat terdapat seorang lagi ilmuwan yang bernama Shaofiyyah al-Nuuriyyah membalas kembali tulisan saya. Boleh baca tulisan beliau di sini. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada group ini kerana selalu bertujuan membetulkan perkara yang mereka anggap salah. Syabas diucapkan. Cuma pada saya, setiap teguran perlu berdasarkan bukti yang kukuh. Maka setelah membaca tulisan Shaofiyyah al-Nuuriyyah ini saya simpulkan terdapat beberapa lompongan juga dalam penilaian hadis. Saya mempunyai sangkaan yang kuat bahawa kedua-dua mereka ini tidak mendalami ilmu 'ilal hadith sehingga tidak mahir dalam ilmu Taarudh al-Wasl wa al-Irsal (percanggahan riwayat mausul (bersambung) dengan riwayat mursal (terputus) dari satu sumber/perawi). Maka saya jawapan saya kepada tulisan Shaofiyyah ini seperti berikut:
1. Kata Shaofiyyah:
"Isu hadits ini masuk masalah pertentangan antara hadits muttasil dan mursal yang diriwayatkan oleh Muhammad bin ‘Amr, mungkin mereka yang melemahkan riwayat ittisal dari Muhammad bin ‘Amr berpegang dengan kaidah sebagian ulama hadits yang lebih mendahulukan riwayat mursal secara muthlaq seperti imam ath-Thabari dan lainnya".
Saya jawab:
i. Saya tidak mendahulukan pandangan yang memilih riwayat mursal secara mutlak. Bahkan saya bawakan dalam artikel sebelum ini pandangan Ibn Rajab al-Hanbali dan al-Biqaie yang menyatakan bahawa HUFFAZ MUHADDITHIN MUTAQADDIMIN yang terdiri dari pakar 'ilal hadith mencari petunjuk (atau dalam istilah ilmu 'ilal hadith dipanggil qarinah) sebelum membuat apa-apa penilaian dan memilih sanad yang terpelihara (al-mahfuz). Saya tidak pasti adakah Shaofiyyah ini membaca dengan teliti artikel saya yang lepas dalam menjawab al-Katibi atau tidak kerana beliau seolah terlepas pandang isu ini. Saya bawakan sekali lagi kalam Ibn Rajab dan al-Biqaie dalam isu ini:
a. al-Biqa'ie
Maksudnya: Ibn al-Solah mencampur adukkan di sini antara cara muhaddithin dan cara usuliyyin (ulama usul fiqh). Sesungguhnya pakar-pakar ilmu hadis dari kalangan muhaddithin dalam isu ini mempunyai pandangan yang lain yang beliau (Ibn al-Solah) tidak ceritakan iaitu pandangan yang tidak boleh untuk kita lari daripadanya. Pandangan itu ialah mereka tidak meletakkan hukum (samada untuk memilih mausul atau mursal) dengan hukum yang umum sebaliknya mereka mencari petunjuk (untuk memilih riwayat yang terkuat) (Lihat: Burhan al-Biqaie, al-Nukat al-Wafiyyah, jld. 1, hlm. 426)
b. Ibn Rajab al-Hanbali ketika membicarakan tentang hukum tambahan pada sanad dan matan:
Jelas sekali dalam pandangan mereka bahawa metod huffaz muhaddithin mutaqaddimin dalam isu ini ialah mencari petunjuk atau bukti untuk memilih riwayat mursal atau mausul . Oleh itu, Syeikh Mahir Yasin Fahl (seorang tokoh 'ilal hadith zaman ini) selepas meneliti penilaian huffaz mutaqaddimin dalam isu ini menyatakan:
Maksudnya: Terzahir pada saya selepas menyelidiki sekumpulan hadis-hadis yang bercanggah sanadnya samada mausul (bersambung) dan mursal (terputus) bahawa proses pentarjihan (memilih sanad yang terkuat) tidak termasuk di bawah kaedah yang umum. Tetapi proses ini berbeza keadaan mengikut sokongan dan petunjuk. Maka kadangkala dipilih sanad yang terputus dan kadangkala dipilih sanad yang bersambung.
ii. Sebab itu saya bertanya kepada ahli-ahli pakar dalam ASWJ Research Group ini di mana bukti atau petunjuk yang menyatakan Muhammad bin 'Amr betul-betul mengingati hadis ini dengan baik? Bukti yang saya ada menunjukkan sanad yang sebenar ialah sanad yang mursal. Manakala sanad yang mausul adalah ma'lul (cacat) kerana Suluk al-Jadah. (Rujuk makna Suluk al-Jadah dalam artikel saya yang lepas)
iii. Malangnya dalam artikel jawapan bahagian ini Shaofiyyah tidak membawa apa-apa sokongan untuk menyokong riwayat Muhammad bin 'Amr yang mausul. Saya kecewa kerana saudara al-Katibi dan saudari Shoufiyyah walaupun keduanya menulis artikel menjawab atikel saya tetapi keduanya tidak memberikan apa-apa bukti kepada saya untuk menjadikan hadis itu hasan. Saya sungguh kecewa.
2. Shaofiyyah lantas menyatakan lagi:
iii. Adapun nukilan-nukilan ulama yang memuji Muhammad bin 'Amr saya pun sudah membacanya sebelum ini. Tetapi amatlah tidak adil bagi seorang penyelidik ASWJ yang ingin menyelidiki status seorang perawi mengabaikan pandangan imam Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Maien ketika mengkritik al-Dhabt (kekuatan ingatan) Muhammad bin 'Amr. Saya bawakan kalam keduanya kerana mungkin saudari Shoufiyyah tidak pernah menjumpainya:
a. Imam Ahmad:
Maksudnya: Sesungguhnya Muhammad bin 'Amr membaca hadis secara mursal, dan membacanya secara musnad (mausul) pula pada orang-orang lain. Beliau seorang mudtarib al-Hadith (perawi yang keliru) dan al-'Ala' lebih aku sukai daripadanya. (Lihat: Ibn Rajab al-Hanbali, Syarah 'Ilal al-Tirmizi, jld. 1, hlm 403)
b. Yahya bin Maien:
Maksudnya: (Kata al-Daraqutni ketika membicarakan satu adis riwayat Muhammad bin 'Amr) berlaku percanggahan dari riwayat Muhammad bin 'Amr. Yahya bin Zakariya bin Abi Zaidah dan Abbad bin Suhaib meriwayatkan dari Muhammad bin 'Amr dari Abu Hurairah. Selain dari mereka berdua meriwayatkan dari Abu Salamah secara mursal (tanpa menyebut nama Abu Hurairah). YANG SAHIHNYA IALAH RIWAYAT MURSAL. (Lihat: al-Daraqutni, al-'Ilal, jld. 10, hlm. 235)
Bukankah al-Daraqutni menyatakan riwayat yang terpelihara bagi sanad Muhammad bin 'Amr dalam hadis ini ialah yang mursal? Mengapa tidak beliau hasankan sahaja hadis ini? bukankah kerana ada percanggahan dan beliau melihat majoriti anak murid Muhammad bin 'Amr meriwayatkan secara mursal?
5. Saudari Shoufiyyah menyatakan lagi:
Saya jawab:
i. Pertama, namanya al-Humaidi bukan al-Hamidi.
ii. Saya keliru bila membaca contoh ini. Apakah yang bermain di fikiran saudari sebenarnya? Adakah kerana terlalu nak menolak pandangan saya, saudari terpaksa bawa contoh ini tanpa perlu semak siapa sebenarnya al-Zubair dan Abdullah bin al-Zubair itu? Tidakkah saudari tahu bahawa Abdullah bin al-Zubair adalah sahabat nabi sama seperti ayahnya al-Zubair? Maka gugurnya nama al-Zubair tidak memberi apa-apa kesan pada kesahihan sanad kerana ia dianggap mursal sahabat. Dan mursal sahabat ini diterima kerana sahabat semuanya adil dan berkredibiliti dalam riwayat. Begitu juga majoriti sahabat mendengar dari sahabat yang lain. Dan terlalu jarang mereka mengambil hadis dari tabien. Maka jika berlaku percanggahan sekalipun antara hadis begini ia tidak mencacatkan hadis. Kerana keduanya sahabat.
iii. Isu kita ini pula ialah apabila Abu Salamah bukan sahabat. Beliau adalah tabien.
Kesimpulan
Alhamdulillah setakat ini saya masih lagi berpendirian bahawa hadis ini daif kerana ia mursal. Namun jeliran lidah kepada mana-mana kanak-kanak tidaklah menjadi salah. Ia termasuk dalam perkara yang tidak perlu dalil yang membenarkan untuk kita lakukan. Tulisan saya hanyalah kajian ilmiah untuk meneliti adakah perbuatan ini sabit dari Nabi sallallah alaih wasallam. Perlu diingat bahawa bukan semua benda yang betul boleh kita sandarkan pada Nabi sallallah alaih wasallam. Jika saya katakan, saya lelaki maka kenyataan saya betul tetapi ia tidak bermakna Nabi sallallah alaih wasallam pernah bersabda bahawa saya lelaki. Tetapi apa yang pasti semua yang disebut Nabi sallallah alaih wasallam adalah wahyu. Wallahua'lam
Nota kaki

إن ابن الصلاح خلط هنا طريقة المحدثين بطريقة الأصوليين ، فإن للحذاق من المحدثين في هذه المسألة نظر آخر لم يحكه وهو الذي ينبغي أن لا يعدل عنه وذلك أنهم لا يحكمون بحكم مطرد وإنما يدورون في ذلك مع القرائن
Maksudnya: Ibn al-Solah mencampur adukkan di sini antara cara muhaddithin dan cara usuliyyin (ulama usul fiqh). Sesungguhnya pakar-pakar ilmu hadis dari kalangan muhaddithin dalam isu ini mempunyai pandangan yang lain yang beliau (Ibn al-Solah) tidak ceritakan iaitu pandangan yang tidak boleh untuk kita lari daripadanya. Pandangan itu ialah mereka tidak meletakkan hukum (samada untuk memilih mausul atau mursal) dengan hukum yang umum sebaliknya mereka mencari petunjuk (untuk memilih riwayat yang terkuat) (Lihat: Burhan al-Biqaie, al-Nukat al-Wafiyyah, jld. 1, hlm. 426)
b. Ibn Rajab al-Hanbali ketika membicarakan tentang hukum tambahan pada sanad dan matan:
ولا فرق في الزيادة بين الإسناد والمتن، كما ذكرنا في حديث النكاح بلا ولي، وقد تكرر في هذا الكتاب ذكر الاختلاف في الوصل والإرسال، والوقف والرفع، وكلام أحمد وغيره من الحفاظ يدور على اعتبار قول الأوثق في ذلك، والأحفظ أيضا.
Maksudnya: Tidak ada beza dalam (penilaian) tambahan lafaz samada pada sanad ataupun matan seperti mana yang kita nyatakan sebelum ini dalam isu (periwayatan) hadis Nikah tanpa wali. Dan telah berulang dalam kitab ini contoh percanggahan antara riwayat mausul dan mursal dan percanggahan antara periwayatan hadis secara mauquf (sandarakan kalam kepada sahabat) dan marfu' (sandarakan kalam kepada Nabi). Dan kalam (Imam) Ahmad dan selainnya dari kalangannya huffaz berputar sekitar mengiktiraf riwayat perawi yang paling kuat ingatannya dan yang paling kuat hafalannya. (Lihat: Ibn Rajab al-Hanbali, Syarah Ilal al-Tirmizi, jld. 2, hlm. 637)
Jelas sekali dalam pandangan mereka bahawa metod huffaz muhaddithin mutaqaddimin dalam isu ini ialah mencari petunjuk atau bukti untuk memilih riwayat mursal atau mausul . Oleh itu, Syeikh Mahir Yasin Fahl (seorang tokoh 'ilal hadith zaman ini) selepas meneliti penilaian huffaz mutaqaddimin dalam isu ini menyatakan:
و قد ظهر لي من دراسة مجموعة من الأحاديث التي اختلف في وصلها و ارسالها ان الترجيح لا يندرج تحت قاعدة كلية ، لكن يختلف الحال حسب المرجحات والقرائن ، فتارة ترجح الرواية المرسلة وتارة ترجح الرواية الموصولة
Maksudnya: Terzahir pada saya selepas menyelidiki sekumpulan hadis-hadis yang bercanggah sanadnya samada mausul (bersambung) dan mursal (terputus) bahawa proses pentarjihan (memilih sanad yang terkuat) tidak termasuk di bawah kaedah yang umum. Tetapi proses ini berbeza keadaan mengikut sokongan dan petunjuk. Maka kadangkala dipilih sanad yang terputus dan kadangkala dipilih sanad yang bersambung.
ii. Sebab itu saya bertanya kepada ahli-ahli pakar dalam ASWJ Research Group ini di mana bukti atau petunjuk yang menyatakan Muhammad bin 'Amr betul-betul mengingati hadis ini dengan baik? Bukti yang saya ada menunjukkan sanad yang sebenar ialah sanad yang mursal. Manakala sanad yang mausul adalah ma'lul (cacat) kerana Suluk al-Jadah. (Rujuk makna Suluk al-Jadah dalam artikel saya yang lepas)
iii. Malangnya dalam artikel jawapan bahagian ini Shaofiyyah tidak membawa apa-apa sokongan untuk menyokong riwayat Muhammad bin 'Amr yang mausul. Saya kecewa kerana saudara al-Katibi dan saudari Shoufiyyah walaupun keduanya menulis artikel menjawab atikel saya tetapi keduanya tidak memberikan apa-apa bukti kepada saya untuk menjadikan hadis itu hasan. Saya sungguh kecewa.
2. Shaofiyyah lantas menyatakan lagi:
"Penilaian “ awhaam “ oleh al-Hafidz Ibnu Hajar bukan berarti beliau pasti wahm dalam meriwayatkan haditsnya. Kita lihat pendapat para ulama tentang Muhammad bin ‘Amr. Kita lihat pendapat para ulama tentang Muhammad bin ‘Amr:
Imam Ibnu al-Mubarak menilainya “ Tidak mengapa “. Ibnu al-Madini bertanya kepada Yahya al-Qaththan, “ Bagaimana pendapatmu tentang Muhamamd bin ‘Amr ? beliau menjawab, “ Kamu mau yang bagaimana ? yang keras (syadid) atau ringan (afwun) ? Ibnu al Madini menjawab, “ Keras “, maka Yahya mengatakan, “ Ia (Muhammad bin ‘Amr) bukan termasuk orang yang keraskan (maksudnya tidak termasuk perawi yang cacat) “. Aku juga bertanya kepada imam Malik, dan beliau menjawab hal yang sama “.[2] Bahkan dalam riwayat yang lain Ibn al Madini menilai beliau tsiqah. Beliau juga mengatakan :
سمعت يحيى بن سعيد يقول: محمد بن عمرو أحب إلي من ابن أبي حرملة
“ Aku mendengar Yahya bin Sa’id mengatakan, “ Muhamamd bin ‘Amr lebih aku sukai daripada Ibnu Abi Harmalah “.[3]
Abu Hatim ar-Razi, seorang pakar hadits yang dikenal ketat dalam menta’dil perawi, beliau mengatakan tentang Muhammad bin ‘Amr :
صالح الحديث يكتب حديثه، وهو شيخ
“ Haditsnya baik, ditulis haditsnya dan ia adalah seorang syaikh “[4]
Adz-Dzahabi mengatakan, “
إذا وَثَّقَ أبو حاتم رجلاً فتمسّك بقوله. فإنه لا يوثِّق إلا رجلاً صحيح الحديث.
“ Jika Abu Hatim mentautsiq seorang perawi, maka eganglah ucapannya, kerana ia tidak mentautsiq seorang perawi kecuali orang yang sahih haditsnya “[5]
An-Nasai mengatakan, “ ia tidak mengapa, dan ia orang yang tsiqah “.[6] Ibnu Syahin pun menilainya tsiqah.[7]
Yahya al-Qaththan mengatakan :
وأما محمد ابن عمرو فرجل صالح ليس بأحفظ الناس للحديث
“ Muhammad bin ‘Amr adalah seorang yang shalih, bukan orang yang palih hafal dalam hadits “.[8]
Ini menunjukkan dhabthnya di bawah dhbath sahih yakni hasan.
Ishaq bin Manshur mengatakan :
عن يحيى بن معين: أنه سئل عن محمد بن عمرو، ومحمد بن إسحاق أيهما يقدم؟ فقال: محمد ابن عمرو
“ Dari Yahya bin Ma’in, “ sesungguhnya ia ditanya tentang Muhamamd bin ‘Amr dan Muhammad bin Ishaq, mana yang lebih didahulukan ? maka beliau menjawab, “ Muhammad bin ‘Amr “.[9]
Ibnu Abi Maryam menilai Muhammad bin ‘Amr tsiqah.[10]
Ibrahim bin Ya’qub menilainya tidak kuat.[11]
Dan masih banyak lagi tautsiq daripada ulama lainnya. Maka tampak banyak sekali ulama hadits yang menilai beliau tsiqah".
Saya jawab:
i. Penilaian "awham" oleh Ibn Hajar ialah berdasarkan penelitian beliau terhadap hadis-hadis riwayat Muhammad bin 'Amr. Walau sejauh mana kita cuba nak pertahankan Muhammad bin 'Amr ini, kita kena tahu bahawa beliau ada banyak kesilapan dalam periwayatan dan kerana itulah beliau digelar soduq lahu awham (yang mempunyai beberapa kesilapan). Bahkan Ibn Hibban sendiri menyatakan beliau melakukan kesilapan dalam riwayat dengan katanya:
Maksudnya: Muhammad bin 'Amr bin 'Alqamah bin Waqqas al-Laithi dari Madinah. (beliau) Meriwayatkan dari Abi Salamah bin Abdul Rahman. Kunyahnya Abu al-Hasan. Meriwayatkan darinya Malik, al-Tsauri dan manusia (yang lain). Meninggal pada tahun 104 atau 105 H. Dan beliau melakukan KESILAPAN. (Rujuk: Ibn Hibban, al-Tsiqat, jld. 7, hlm. 377)
Percanggahan dalam sanad ini jelas menunjukkan bahawa Muhammad bin 'Amr tidak mengingati hadis ini dengan baik. Bahkan beliau tertukar nama Hasan dan Husain untuk satu riwayat. Ia petunjuk yang kukuh untuk mengatakan beliau tidak mengingati dengan baik.
محمد بن عمرو بن علقمة بن وقاص الليثي من أهل المدينة، يروي عن أبي سلمة بن عبد الرحمن، كنيته أبو الحسن، روى عنه مالك والثوري والناس، مات سنة أربع أو خمس وأربعين ومائة، وكان يخطئ
Maksudnya: Muhammad bin 'Amr bin 'Alqamah bin Waqqas al-Laithi dari Madinah. (beliau) Meriwayatkan dari Abi Salamah bin Abdul Rahman. Kunyahnya Abu al-Hasan. Meriwayatkan darinya Malik, al-Tsauri dan manusia (yang lain). Meninggal pada tahun 104 atau 105 H. Dan beliau melakukan KESILAPAN. (Rujuk: Ibn Hibban, al-Tsiqat, jld. 7, hlm. 377)
Percanggahan dalam sanad ini jelas menunjukkan bahawa Muhammad bin 'Amr tidak mengingati hadis ini dengan baik. Bahkan beliau tertukar nama Hasan dan Husain untuk satu riwayat. Ia petunjuk yang kukuh untuk mengatakan beliau tidak mengingati dengan baik.
ii. Manakala pendapat Yahya bin Said dan Yahya bin Maien yang mendahulukan Muhammad bin 'Amr berbanding Ibn Abi Harmalah dan Muhammad bin Ishaq bukanlah tausiq (menyatakan tsiqah) secara mutlak. Sebaliknya ia hanya tausiq nisbi (perbandingan) iaitu yang mana lebih baik jika dibandingkan antara dua perawi daif atau soduq yang banyak melakukan kesilapan. Lihat kata al-Zahabi ini:
وينبغي أن يتأمل أيضا أقوال المزكين ومخارجها، فقد يقول العدل: فلان ثقة، ولا يريد به أنه ممن يحتج بحديثه وإنما ذلك على حسب ما هو فيه ووجه السؤال له، فقد يسأل عن الرجل الفاضل المتوسط في حديثه فيقرن بالضعفاء، فيقال: ما تقول في فلان وفلان وفلان؟ فيقول: فلان ثقة، يريد أنه ليس من نمط من قرن به
Maksudnya: Perlu untuk diteliti juga kata-kata ulama yang memuji (menyatakan tsiqah bagi seseorang perawi) dan puncanya. Berkemungkinan seorang yang adil berkata: "Fulan tsiqah (dipercayai kredibilitinya)" dan dia bukan bertujuan untuk menyatakan si fulan itu tergolong dalam golongan perawi yang boleh berhujah dengan hadisnya. Sebaliknya ia hanya menjawab mengikut (konteks) keadaan ketika itu dan bentuk soalan yang ditanya padanya. Mungkin dia ditanya tentang seorang perawi yang baik dan pertengahan (tidak terlalu kaut ingatan) dalam hadisnya dan dia (ditanya dalam keadaan) dibandingkan dengan perawi-perawi daif, seperti dikatakan: Apa pandangan kamu pada fulan, fulan dan fulan? Maka dia jawab: Fulan tsiqah. Dia hanya bertujuan untuk menyatakan bahawa si fulan itu bukan setara orang-orang yang dibandingkan dengannya. (Lihat: al-Zahabi, Lisan al-Mizan, jld. 1, hlm. 17)
Tambahan pula bila Muhammad bin 'Amr dibandingkan dengan Abdul Rahman bin Harmalah. Sudah pasti Muhammad bin 'Amr lebih kuat ingatannya kerana Abdul Rahman bin Harmalah daif sehingga menerima talqin [1]
iii. Adapun nukilan-nukilan ulama yang memuji Muhammad bin 'Amr saya pun sudah membacanya sebelum ini. Tetapi amatlah tidak adil bagi seorang penyelidik ASWJ yang ingin menyelidiki status seorang perawi mengabaikan pandangan imam Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Maien ketika mengkritik al-Dhabt (kekuatan ingatan) Muhammad bin 'Amr. Saya bawakan kalam keduanya kerana mungkin saudari Shoufiyyah tidak pernah menjumpainya:
a. Imam Ahmad:
كان محمد بن عمرو يحدث بأحاديث فيرسلها، ويسندها لأقوام آخرين. قال: وهو مضطرب الحديث، والعلاء أحب إلي منه.
Maksudnya: Sesungguhnya Muhammad bin 'Amr membaca hadis secara mursal, dan membacanya secara musnad (mausul) pula pada orang-orang lain. Beliau seorang mudtarib al-Hadith (perawi yang keliru) dan al-'Ala' lebih aku sukai daripadanya. (Lihat: Ibn Rajab al-Hanbali, Syarah 'Ilal al-Tirmizi, jld. 1, hlm 403)
b. Yahya bin Maien:
كان محمد بن عمرو يحدث مرة عن أبي سلمة بالشيء رأيه ، ثم يحدث به مرة أخرى عن أبي سلمة عن أبي هريرة.
Maksudnya: Sesungguhnya Muhammad bin 'Amr kadang-kadang membaca hadis dari Abu Salamah dengan menyandarkannya kepada pandangannya (iaitu secara mauquf tanpa disandarkan kepada Nabi sallallah alaih wasallam) dan kadang-kadang beliau membaca hadis yang sama dari Abu Salamah dari Abu Hurairah (iaitu menambah nama Abu Hurairah dalam sanad). (Tarikh Ibn Abi Khaithamah, jld. 4, hlm. 322)

Kritikan kedua-dua tokoh ini memang betul-betul berkaitan dengan hadis jeliran lidah ini. Mengapa seorang penyelidik boleh abaikan atau anda begitu tergesa-gesa untuk menulis untuk membantah pandangan saya sehingga tidak terjumpa pandangan kedua tokoh hadis ini? Maka dalam isu ini kita perlu mencari petunjuk untuk memastikan mana satu sanad yang sebenar (al-mahfuz) bagi hadis ini. Setakat kajian saya, majoriti anak murid Muhammad bin 'Amr yang tsiqah meriwayatkannya secara mursal maka itu sudah cukup untuk kita katakan sanad yang mausul adalah wahm (kesilapan) dari Muhammad bin 'Amr.
iv. Bukankah bila berlaku pertembungan antara tausiq (pujian) dan tajrih (kritikan) pada seorang rawi kita perlu selesaikan dengan mendahulukan kritikan yang mufassar (dinyatakan sebabnya)? Maka Imam Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Maien telah nyatakan sebab kritikan mereka iaitu Muhamad bin 'Amr selalu membuat kesilapan dalam meriwayatkan secara mausul bagi hadis-hadis mursal dan meriwayatkan hadis mauquf secara marfu'.
v. Berkaitan kalam Abu Hatim:“ Haditsnya baik, ditulis haditsnya dan ia adalah seorang syaikh". Saudari Shoufiyyah bawa pula kalam al-Zahabi untuk menguatkan bahawa Abu Hatim menstiqahkan Muhammad bin 'Amr sehingga al-Zahabi mengatakan:“ Jika Abu Hatim mentautsiq seorang perawi, maka peganglah ucapannya, kerana ia tidak mentautsiq seorang perawi kecuali orang yang sahih haditsnya".
Saya betul-betul terkejut dengan kenyataan ini. Apakah beliau tidak faham atau sengaja buat untuk tidak faham bahawa maksud kalam al-Zahabi dalam mentafsirkan kalam Abu Hatim itu ialah apabila Abu Hatim menilai perawi dengan perkataan Tsiqah (ثقة) atau Tsabat (الثبت) dan semisalnya. (Lihat: al-Judai', Tahrir Ulum al-Hadith, jld. 1, hlm. 368, Khalid al-Durays, al-Hadith al-Hasan, jld. 4, hlm.1942-1946)
Adapun dalam isu ini Abu Hatim menggunakan kalimah Salih al-Hadith, Syaikh dan Yuktab Hadisuhu (ditulis hadisnya). Maka saya bawakan kalam ANAK ABU HATIM SENDIRI IAITU IBN ABI HATIM dalam kitab al-Jarh wa al-Ta'dil ketika menjelaskan maksud istilah ayahnya dalam kritikan dan pujian kepada perawi:
وإذا قيل: صالح الحديث، فإنه يكتب حديثه للاعتبار
Maksudnya: Apabila dikatakan pada perawi; Salih al-Hadith maka maksudnya ialah hadisnya ditulis untuk i'tibar (mencari penyokong). (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 2, hlm. 37)
Antara bukti perkataan lafaz "salih al-hadith" bukanlah bermakna hadisnya menjadi hujah ialah Abu Hatim sendiri menjelaskannya ketika anaknya Ibn Abi Hatim bertanya kepadanya tentang status perawi bernama Umar bin Rubah, maka Abu Hatim menjawab:
"صالح الحديث"، فقال ابنه: تقوم به الحجة ؟ فقال : "لا، ولكنه صالح"
Maksudnya: (Beliau) salih al-Hadith. Kata anaknya (Ibn Abi Hatim): Adakah hujah berdiri dengannya? (iaitu adakah hadisnya menjadi hujah). Jawab Abu Hatim: TIDAK, TETAPI BELIAU SALIH" (Lihat: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 6, hlm. 108)
Manakala maksud lafaz "Syeikh" pula Ibn Abi Hatim menjelaskan:
وإذا قيل: شيخ، فهو بالمنزلة الثالثه، يكتب حديثه وينظر فيه
Maksudnya: Apabila dikatakan maka perawi itu pada martabat ketiga. Hadisnya ditulis dan dilihat (dinilai).
al-Zahabi menjelaskan pula maksud lafaz "Syeikh" dan "Yuktab hadisuhu (ditulis hadisnya)" ketika mengulas perawi bernama al-Abbas bin al-Fadhl al-'Adni:
سمع منه أبو حاتم، وقال: شيخ، فقوله هو شيخ ليس هو عبارة جرح، ولهذا لم أذكر في كتابنا أحدا ممن قال فيه ذلك، ولكنها أيضا ما هي عبارة توثيق، وبالاستقراء يلوح لك أنه ليس بحجة. ومن ذلك قوله: يكتب حديثه، أي ليس هو بحجة.
Maksudnya: Abu Hatim mendengar darinya (al-Abbas) dan mengatakan (beliau) sebagai "Syeikh". Dan kata-kata Abu Hatim "syeikh" bukanlah lafaz kritikan. Oleh itu saya tidak masukkan dalam kitab ini seorang pun perawi yang dilabel (oleh Abu Hatim) dengan lafaz ini. Tetapi IA JUGA BUKANLAH LAFAZ TAUSIQ (pujian). Dengan penelitian menyeluruh anda akan dapati bahawa dia (orang yang dilabel syeikh) BUKANLAH HUJAH (iaitu hadisnya tidak menjadi hujah). Antaranya juga lafaz: "Yuktab hadisuhu (ditulis hadisnya)" maksudnya DIA BUKAN HUJAH. (Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 2, hlm. 385)
Maka terbukti dengan ini bahawa kalam al-Zahabi yang dinukil oleh saudari dalam isu ini tidak tepat. Justeru, bagi saya amat tidak molek meletakkan tafsiran al-Zahabi bukan pada tempatnya. Justeru nasihat saya berhati-hatilah. Janganlah sampai meletakkan cop kicap pada botol sos cili. Ia amat tidak sesuai.
3. Shaofiyyah menjelaskan lagi:
"Riwayat-riwayat yang dirajihkan oleh mereka yakni dari Yazid bin Harun dan Muhammad bin Bisyr al Abdi, adalah perawi-perawi yang dinilai tisqah oleh para ulama. Maka dengan ini, hadits mereka menjadi hasan, kerana Muhammad bin ‘Amr seimbang di dalam jarh dan ta’dilnya."
Saya jawab:
i. Sememangnya Yazid bin Harun dan Muhammad bin Bisyir tsiqah. Ia bukan isu utama kerana isunya ialah daifnya ingatan Muhammad bin 'Amr dalam hadis ini kerana meriwayatkannya secara bercanggah.
ii. Seimbang dalam al-Jarh wa al-Ta'dil? Saya sudah bawa kalam imam Ahmad dan Yahya bin Maien dalam isu ini. Pembaca nilailah sendiri
4. Saudari Shoufiyyah lantas berkata:
"Contoh hadits beliau Hasan adalah :
Riwayat beliau dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulallah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة
“ Seandainya tidak memberatkan bagi umatku, maka aku akan menyruh mereka untuk bersiwak setiap sholat “. (HR. Bukhari)
Hadits ini dinilai hasan li dzatihi oleh para ulama hadits. Dan ia pun menjadi sahih lighairihi kerana ada thuruq (jalur-jalur) yang lainnya, oleh sebab itu imam Bukhari menilainya sahih. Jika Muhammad bin ‘Amr memiliki jarh yang menyebabkan haditsnya dinilai dhaif, lalu kenapa para ulama menilai hadits tersebut Hasan lidzatih bukan hasan lighairihi atau pun dhaif?"
Saya jawab:
i. Saya keliru. Apa kaitan hadis ini dengan hadis jeliran lidah yang dibincangkan sekarang? Tidakkah saudari tahu bahawa kita tidak menolak semua hadis-hadis Muhammad bin 'Amr. Kita hanya mendaifkan riwayat beliau yang bermasalah sahaja iaitu hadis yang berlaku percannggahan padanya dan terbukti bahawa dia silap.
ii. Jadi saya mahu bertanya kepada saudari, di mana berlaku percanggahan dalam hadis bersiwak ini? Di mana riwayat yang menyatakan bahawa Muhammad bin 'Amru melakukan percanggahan ketika meriwayatkan hadis bersiwak ini?
iii. Bahkan hadis ini sememangnya sahih dari Abu Hurairah dari banyak jalur selain jalur Muhammad bin 'Amr dari Abu Salamah iaitu jalur Abi al-Zinad dari al-A'raj, jalur al-Zuhri dari Humaid bin Abdul Rahman dan Ubaidullah bin Umar dari ٍSaid al-Maqburi. Semua mereka meriwayatkan dari Abu Hurairah. Oleh itu kata al-Bukhari:
وحديث أبي سلمة عن أبي هريرة عندي هو صحيح أيضا لأن هذا الحديث معروف من حديث أبي هريرة
Maksudnya: Hadis Abu Salamah dari Abu Hurairah pada saya sahih juga kerana hadis ini dikenali dari hadis Abu Hurairah. (Lihat: al-Tirmizi, al-'Ilal al-Kabir, hlm. 30-31)
iv. Izinkan saya membawa satu contoh kritikan al-Daraqutni (seorang tokoh 'ilal hadith) ke atas satu riwayat Muhammad bin 'Amru yang bercanggah yang hampir serupa dengan hadis jeliran lidah ini:
واختلف عن محمد بن عمرو بن علقمة ، فرواه يحيى بن زكريا بن أبي زائدة وعباد بن صهيب عن محمد بن عمرو عن أبي سلمة عن أبي هريرة.
وغيرهما يرويه عن محمد بن عمرو عن أبي سلمة مرسلا.
والصحيح عن محمد بن عمرو : المرسل.
Maksudnya: (Kata al-Daraqutni ketika membicarakan satu adis riwayat Muhammad bin 'Amr) berlaku percanggahan dari riwayat Muhammad bin 'Amr. Yahya bin Zakariya bin Abi Zaidah dan Abbad bin Suhaib meriwayatkan dari Muhammad bin 'Amr dari Abu Hurairah. Selain dari mereka berdua meriwayatkan dari Abu Salamah secara mursal (tanpa menyebut nama Abu Hurairah). YANG SAHIHNYA IALAH RIWAYAT MURSAL. (Lihat: al-Daraqutni, al-'Ilal, jld. 10, hlm. 235)
Bukankah al-Daraqutni menyatakan riwayat yang terpelihara bagi sanad Muhammad bin 'Amr dalam hadis ini ialah yang mursal? Mengapa tidak beliau hasankan sahaja hadis ini? bukankah kerana ada percanggahan dan beliau melihat majoriti anak murid Muhammad bin 'Amr meriwayatkan secara mursal?
5. Saudari Shoufiyyah menyatakan lagi:
"Saya bagi isu contoh yang sama:
Al-Hamidi meriwayatkan dalam musnadnya : 1/33 :
حدثنا سفيان، قال: حدثنا محمد بن عمرو بن علقمة، عن يحيى بن عبدالرحمن بن حاطب، عن عبدالله بن الزبير قال: «قال الزبير لما نزلت {ثم إنكم يوم القيامة عند ربكم تختصمون} قال الزبير: يا رسول الله، أتكرر علينا الخصومة بعد الذي كان بيننا في الدنيا؟ فقال: نعم، فقلت: إن الأمر إذاً لشديد
“ Telah menceritakan pada kami Sufyan, ia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin ‘Amr dari Yahya bin Abdurrahman bin Hathib dari Abdullah bin Zubair, ia berkata, “ Berkata Zubair, “ Ketika turun ayat, “ Kemudian kalian di hari kiamat akan saling bertikai (menuntut) di sisi Tuhan kalian “, Zubair berkata, “ Wahai Rasulallah, apakah pertikaian itu akan diulang pada kami setelah hal itu terjadi di anatara kami di dunia ?, Rasul menjawab, “ Ya dan sesungguhnya perkara itu lebih dahysat “.
At-Tirmidzi juga menyebutkan riwayat yang sama dalam sunannya, bahkan beliau menilai hadits ini Hasan Sahih.[14]
Kemudian dalam riwayat lainnya, diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabirnya :
قال: حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بنُ إِسْحَاقَ التُّسْتَرِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بنُ أَبِي شَيْبَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بنُ بِشْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بنُ عَمْرٍو، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بنِ حَاطِبٍ، عَنْ عَبْدِاللهِ بنِ الزُّبَيْرِ، قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ {إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِنْدَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ}.
“ Telah menceritakan pada kami al-Husain bin Ishaq at-Tusturi, ia berkata, telah menceritakan pada kami Utsman bin Abi Syaibah, telah menceritakan pada kami Muhammad bin Bisyr, ia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin ‘Amr, ia berkata, telah menceritakan Yahya bin Abdurrahman bin Hathib, dari Abdullah bin Zubair, ia berkata, “ Ketika turun kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ayat, Sesungguhnya engkau akan mati dan mereka pun akan mati, kemudian kalian di hari kiamat akan berselisih di sisi Tuhan kalian “.
Hadits pertama menisbatkan kepada az-Zubair sedangkan hadits kedua ini tidak menisbatkannya kepada az-Zubair melainkan kepada Abdullah bin az-Zubair. Demikian juga disebutkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya :
عن عَبْدالرَّحْمَنِ بن أَبِي الزُّبَيْرِ، قال: حدثنا أَبُو حَاتِمٍ الرَّازِيُّ، قال: حدثنا مُحَمَّدُ بنُ عَبْدِاللَّهِ الْأَنْصَارِيُّ، قال: حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بنُ عَمْرٍو اللَّيْثِيُّ، عَنْ يَحْيَى بنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ بنِ حَاطِبٍ، عَنْ عَبْدِاللَّهِ بنِ الزُّبَيْرِ، قَالَ: لمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ
“ Dari Abdurrahman bin Abi Zubair, ia berkata, telah menceritakan pada kami Abu Hatim ar- Razi, ia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin Abdillah al-Anshari, ia berkata, telah menceritakan padaku Muhammad bin ‘Amr al-Laitsi dari Yahya bin Abdurrahman bin Hathib dari Abdullah bin az-Zubair, ia berkata, “ Ketika ayat ini turun……”
Apakah hadits ini lemah kerana ada Muhammad bin ‘Amr dan salah saru riwayatnya tidak disbeutkan secara muttasil kepada az-Zubair?"
Saya jawab:
i. Pertama, namanya al-Humaidi bukan al-Hamidi.
ii. Saya keliru bila membaca contoh ini. Apakah yang bermain di fikiran saudari sebenarnya? Adakah kerana terlalu nak menolak pandangan saya, saudari terpaksa bawa contoh ini tanpa perlu semak siapa sebenarnya al-Zubair dan Abdullah bin al-Zubair itu? Tidakkah saudari tahu bahawa Abdullah bin al-Zubair adalah sahabat nabi sama seperti ayahnya al-Zubair? Maka gugurnya nama al-Zubair tidak memberi apa-apa kesan pada kesahihan sanad kerana ia dianggap mursal sahabat. Dan mursal sahabat ini diterima kerana sahabat semuanya adil dan berkredibiliti dalam riwayat. Begitu juga majoriti sahabat mendengar dari sahabat yang lain. Dan terlalu jarang mereka mengambil hadis dari tabien. Maka jika berlaku percanggahan sekalipun antara hadis begini ia tidak mencacatkan hadis. Kerana keduanya sahabat.
iii. Isu kita ini pula ialah apabila Abu Salamah bukan sahabat. Beliau adalah tabien.
Kesimpulan
Alhamdulillah setakat ini saya masih lagi berpendirian bahawa hadis ini daif kerana ia mursal. Namun jeliran lidah kepada mana-mana kanak-kanak tidaklah menjadi salah. Ia termasuk dalam perkara yang tidak perlu dalil yang membenarkan untuk kita lakukan. Tulisan saya hanyalah kajian ilmiah untuk meneliti adakah perbuatan ini sabit dari Nabi sallallah alaih wasallam. Perlu diingat bahawa bukan semua benda yang betul boleh kita sandarkan pada Nabi sallallah alaih wasallam. Jika saya katakan, saya lelaki maka kenyataan saya betul tetapi ia tidak bermakna Nabi sallallah alaih wasallam pernah bersabda bahawa saya lelaki. Tetapi apa yang pasti semua yang disebut Nabi sallallah alaih wasallam adalah wahyu. Wallahua'lam
Nota kaki
[1] Talqin dalam ilmu hadis bermaksud syeikh hadis yang membenarkan kalam seseorang yang menyatakan sesebuah hadis adalah riwayat syeikh berkenaan. Sedangkan pada hakikatnya itu bukanlah riwayatnya. Penerima talqin ini membenarkan kalam orang tersebut kerana ingatannya tidak kuat sehingga dia menyangka kalam orang yang menyatakan hadis itu adalah riwayat syeikh itu adalah benar.
Abu Muaz Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
29 Ogos 2014
Abu Muaz Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
29 Ogos 2014
No comments:
Post a Comment