Friday 14 September 2012

Adakah menjamah sedikit garam sebelum makan itu sunnah?

Tersebar di beberapa blog dan juga di Facebook tentang kelebihan menjamah sedikit garam sebelum makan dan disandarkan perbuatan ini kepada Nabi s.a.w. Bahkan ada juga menganjurkan kaifiat tertentu ketika menjamah garam tersebut. Ada yang menyatakan perlu meletakkan garam tersebut di lelangit menggunakan jari tertentu. Justeru, soalan yang timbul, benarkah Nabi s.a.w melakukan perkara ini? Persoalan ini ana jawab seperti berikut:

1. Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan perkara ini. 

1i.  Hadis marfu’ (riwayat yang diangkat kepada Nabi)

-      حديث علي أن النبي قال له: «يا علي، عليك بالملح، فإنه شفاء من سبعين داء أقلها الجذام والبرص والجنون»
Maksdunya: “Wahai Ali, ke atasmu (makan) garam, sesungguhnya ia adalah penawar bagi 70 jenis penyakit. Penyakit yang paling ringan (yang akan diubatinya) ialah kusta, sopak dan gila”.

Komentar terhadap periwayatan hadis:

-   Hadis ini palsu. Ia adalah riwayat Abdullah bin Ahmad bin Amir dari ayahnya. Mereka berdua terkenal meriwayatkan hadis batil dari Ahlul Bait. (Lihat: Ibn al-Jawzi, al-Maudhu’at, jld. 1, hlm. 289, al-Zahabi, Talkhis al-Mudhu’at, hlm. 240, al-Syawkani, al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 161).

قال ابن الجوزي: ولا يصح، فيه أحمد بن عامر، وعنه ابنه عبد الله، وآفته أحدهما فإنهما يرويان عن أهل البيت نسخة كلها باطلة.  

قال الذهبي: فيه عبد الله بن أحمد بن عامر كذاب وضعه في تيك النسخة على أهل البيت.
قال الشوكاني: هو موضوع وروى البيهقي نحوه من قول علي.

-      حديث سعد بن معاذ أن النبي r قال: «استفتحوا طعامكم بالملح، فوالذي نفسي بيده أنه ليرد ثلاثا وسبعين نوعا من البلاء أو قال من الداء»
Maksudnya: Mulakan makan kamu dengan garam. Demi zat yang diriku berada di tangannya, sesungguhnya garam menolak 73 jenis bala @ penyakit.

Komentar terhadap periwayatan hadis:

-    Pengarang Tanzih al-Syariah menyatakan ia dhaif dan tidak boleh untuk dijadikan syahid (penguat) bagi hadis yang lain (kerana ia terlalu lemah). (Lihat: Tanzih al-Syari’ah, jld. 2, hlm. 234)
-    
     Ini kerana terdapat dalam salasilah perawi hadis ini seorang yang bernama Ibrahim bin Hayyan bin Hakim bin ‘Alqamah. Ibn ‘Adi menyatakan bahawa dia adalah daif dan meriwayatkan hadis palsu. (Lihat: al-Kamil fi al-Dhu’afa’, jld. 1, hlm. 254).

-      عن أنس بن مالك رفعه إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «ابدأوا بالملح، فإن فيه بضع وسبعين دواء، ومن بدأ بالملح فقال: بسم الله والحمد لله اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وارزقنا ما هو أفضل منه وقاه الله من عذاب القبر، ثم لا تستقر اللقمة في بطنه حتى يغفر الله له»

Maksudnya: Mulakan (makan) dengan garam, sesungguhnya padanya terdapat lebih daripada 70 
penawar. Sesiapa yang memulakan (makannya) dengan garam dan membaca: “Dengan nama 
Allah, Segala puji bagi Allah, (Ya Allah) berkatilah rezeki yang Engkau beri pada kami dan 
berikan kami rezeki yang lebih baik dari ini” akan dibebaskan dari azab kubur dan akan 
diampunkan sebelum makanan itu keluar dari perutnya.

Komentar terhadap periwatan hadis:
-    
  Hadis ini terlalu daif dan perawinya Ali bn Yazdad dituduh sebagai pendusta. Maka hadis ini matruk (terlalu lemah). (Lihat: Tarikh Jurjan, hlm. 309)

-      حديث طويل عن علي وفيه: وإذا أكلت فابدأ بالملح واختم بالملح، فإن الملح شفاء من سبعين داء الجنون والجذام والبرص ووجع الأضراس ووجع الحلق ووجع البطن.
Maksudnya: Apabila kamu makan mulakanlah dengan garam dan akhirilah dengan garam. Sesungguhnya garam adalah penawar bagi 70 jenis penyakit antaranya gila, kusta, sopak, sakit gigi, sakit tekak dan sakit perut.

Komentar terhadap periwayatan hadis:
-   
   Hadis ini palsu kerana ia diriwayatkan oleh حماد بن عمرو. (Lihat: al-Baihaqi, Dalail al-Nubuwwah, jld. 7, hlm. 229, al-Suyuthy, al-Laali al-Masnuah, jld. 2, hlm. 313)

قال البيهقي: سَمِعْتُ يَحْيَى بْنَ مَعِينٍ يَقُولُ: حَمَّادُ بْنُ عَمْرٍو النَّصِيبِيُّ مِمَّنْ يَكْذِبُ , وَيَضَعُ الْحَدِيثَ. دلائل النبوة، 7/229



ii. Hadis Mauquf yang disandarkan kepada Ali.


-      قال علي: من ابتدأ غداءه بالملح أذهب الله عنه سبعين نوعا من البلاء
Maksudnya: Ali berkata: Sesiapa yang memulakan makannya dengan garam maka Allah akan menghilangkannya 70 jenis penyakit daripadanya.


Komentar terhadap periwayatan hadis:
-      Hadis ini terlalu lemah disebabkan 2 perkara: 
    - Ia adalah riwayat Juwaibir. Beliau berstatus matruk (terlalu lemah sehingga semua ulama meninggalkan riwayatnya) di sisi ulama hadis.
 Isa bin al-Asy’ath yang mengambil riwayat ini dari Juwaibir majhul (tidak dikenali). (Lihat: Tanzih al-Syari’ah, jld. 2, hlm. 234). 

2. Justeru, dapat disimpulkan bahawa tidak satu pun riwayat yang sahih atau hasan berhubung isu ini. Hadis yang ada dalam bab ini kesemuanya palsu atau terlalu lemah.

3. Maka berhentilah menisbahkan perbuatan ini kepada Nabi kerana ia tidak sabit dalam hadis.

Wallahua'lam.
Rozaimi Ramle
15 September 2012
Amman, Jordan

9 comments:

  1. Salaam alayk. Ianya amalan org2 yahudi. Allahul musta'aan.

    http://ohr.edu/ask_db/ask_main.php/192/Q2/

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz,
    Saya cuma tertanya-tanya, kenapa hadis tentang garam ni kebanyakannya drpd Saidina Ali ??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Ustaz.
    Saya mohon copy dan kongsi.
    Moga bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. mohon saya share
    Jazakallah khair

    ReplyDelete
  5. bagaimana perbuatan calit garam di lidah apabila sampai di tempat baru. ada tak hadisnya

    ReplyDelete
  6. bagaimana perbuatan calit garam di lidah apabila sampai di tempat baru. ada tak hadisnya

    ReplyDelete
  7. Saya sudah amal dlm sebulan, umur sy 43 tahun, amalan ini menyebabkan tenaga tubuh saya kembali seperti 20an.... amalkanlah nescaya kamu beruntung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana cara amalannya.. boleh tuan terangkan.. jazakallah.

      Delete
  8. *GARAM HITAM*
    *_(ALKALINE BLACK SALT)_*

    1Botol = 120gr
    HARGA: RM10 shj


    Fakta Kesehatan Mengenai Garam Hitam :

    1. Dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan dapat memecahkan gumpalan lemak dan kolesterol

    2. Melancarkan aliran empedu yang berguna untuk mengontrol berat badan

    3. Membuang toksin dan asid uric yang berguna untuk mengatasi Asam Urat dan Sakit Tumit

    4. Mengandung unsur pembersih, menghilangkan lendir dan dapat menyerap serta mencegah bau busuk dan mengatasi keracunan dalam perut

    5. Mampu menyerap gas-gas dalam perut dan usus

    6. Merangsang kelenjar tiroid guna membentuk tulang yang kuat

    7. Melancarkan sistem syaraf dan aliran neuro transmitter yang dapat mengantar isyarat kepada otak

    8. Sifat penyerapan Garam Gunung ini adalah faktor penting dalam perawatan kanker

    9. Menambah kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanker

    *_MANFAAT GARAM HITAM :_*
    _1. Menguraikan gumpalan sel-sel darah merah,_
    _2. Meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh,_
    _3. Melancarkan arteri darah kita, Melarutkan endapan kalsium dalam darah,_
    _4. Menyelaraskan kelancaran sistem saraf,_
    _5. Membantu regenarasi sel-sel tubuh,_
    _6. Menghilangkan radikal-radikal bebas dalam tubuh,_
    _7. Membantu pergerakan otot-otot usus,_
    _8. Menyeimbangkan mineral_
    _9. Mensinergikan sistem metabolisme tubuh agar lebih sempurna, dan_
    _10. Menyelesaikan masalah kesehatan yang berasal dari ketidak seimbangan mineral._

    *CARA PEMAKAIAN GARAM HITAM : DIMINUM :* Campurkan larutan Garam Hitam ke berbagai minuman seperti air suam, teh, juice dll. Cara ini dapat mengobati berbagai macam penyakit seperti darah tinggi, stroke, jantung, pegal2, sakit pinggang, diet alami, dll...

    🍚
    Spesifikasi Utama
    Organik
    Semulajadi
    Aman dikonsumsi

    WA :
    *_DRS UST ISKANDAR AHMAD_*
    010-811 2084
    011-1606 1964

    ReplyDelete