Wednesday, 26 February 2014

[Hukum Makan Pil Lewatkan Haid Dalam Tempoh Iddah]

[Hukum Makan Pil Lewatkan Haid Dalam Tempoh Iddah]

وقال ابن رشد: سئل مالك عن المرأة تخاف تعجيل الحيض فيوصف لها شراب تشربه لتأخير الحيض قال : ليس ذلك بصواب وكرهه. قال ابن رشد : إنما كرهه مخافة أن تدخل على نفسها ضررا بذلك في جسمها.

Maknanya: ibn rusyd berkata: (Imam) Malik ditanya tentang perempuan yang takut haidnya datang awal lalu dicadangkan padanya untuk meminum minuman supaya boleh melambatkan haidnya. Jawab Malik: Ini tidak betul dan Malik tidak menyukainya. Kata Ibn Rusyd: sesungguhnya Malik membencinya kerana bimbang akan berlaku mudharat pada jasad perempuan itu disebabkan minuman tersebut.

* ini bermakna jika tidak berlaku mudharat maka tidak menjadi salah. Cuma sebahagian ulama mensyaratkan supaya isteri yang beriddah talak raj'ie mendapatkan iIn suami sebelum menggunakan pil tersebut kerana melewatkan haid mungkin membebankannya kerana beliau perlu menanggung nafkahnya. Wallahua'lam

Tuesday, 18 February 2014

Fitnah Terhadap al-Albani



Tersebar poster seperti ini di internet. Saya katakan ia adalah fitnah terhadap al-Albani. Ya, saya juga mempunyai beberapa perkara yang tidak sependapat dengan pandangan beliau terutama dalam penilaian hadis tetapi tidak perlu untuk fitnah beliau jika tidak bersetuju dengannya.  Jawapan saya secara ringkas seperti berikut:

1. Al-Albani sendiri menafikan secara jelas bahawa beliau tidak mengkafirkan al-Bukhari. Keterangannya seperti berikut:

i. Kata al-Albani kepada muridnya: engkau sendiri mendengar bahawa aku syak (tidak percaya) kalam itu ditulis oleh al-bukhari. Maknanya pada al-Albani kalam itu tidak sabit bagi al-bukhari.

* kalam ini dinukil oleh pembuat poster dalam posternya tetapi seolah beliau tidak faham maksudnya. Saya meragui kebolehan bahasa arab pembuat poster ini.

Persoalannya betulkah kalam itu dari al-bukhari?

al-bukhari mendatangkan tafsiran al-mulk (kerajaan) untuk ayat:

كل شيء هالك إلا وجهه

Ibn hajar menyatakan bahawa tafsiran ini al-bukhari nukilkan dari abu ubaidah ibn al-muthanna  dalam manuskrip sahih al-bukhari riwayat al-nasafi.

Maka al-albani menganggap ia bukan kalam al-bukhari. Jadi bagaimana anda boleh katakan beliau mengkafirkan al - Bukhari?

Justeru apa yang dikatakan oleh al-albani ia bukan kalam mukmin?
Jika diteliti al-albani ditanya tentang tafsiran al-mulk kepada ayat yang lain bukan ayat yang ditafsirkan oleh al-bukhari tadi.  Ayat yang ditanya kepada al-albani ialah:

ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام

Maka al-albani menyatakan tafsiran itu tidak benar kerana jika ditafsir ayat tadi dengan kerajaan maka sudah pasti maksudnya kekallah KERAJAAN Tuhanmu yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. Sedangkan kerajaan itu makhluk mana mungkin ia akan kekal dan mempunyai keagungan dan kemuliaan? Ia adalah sifat Allah bukan sifat makhlukNya.

Apa yang pasti kalam al-albani ini tidak ditujukan kepada al-bukhari kerana al-bukhari tidak mentafsirkan ayat itu dengan al-mulk tetapi ayat yang lain.

ii. Kata al-Albani lagi: tetapi yang penting kita bersihkan imam al-bukhari daripada takwilan sebegitu terhadap ayat ini kerana beliau imam dalam hadith dan dalam sifat (Allah) dan beliau bermazhab salafi dari sudut akidah.

(Rujuk: al-Albani, mausuah al-albani fi al-akidah, jld. 6, hlm. 326)

Justeru saya ingin bertanya kepada pembuat poster ini, jika al-bukhari kafir di sisi al-albani mengapa al-albani masih mendoakan rahmat kepada al-bukhari dalam banyak kitab-kitabnya (lihat contohnya: irwa'al-ghalil, jld. 1, hlm. 302, silsilah sahihah, jld. 3, hlm. 59, jld. 3, hlm. 145, jld. 4, hlm 184) sedangkan beliau berpandangan haram mendoakan rahmat bagi orang yang mati dalam keadaan kafir? (Lihat: silsilah sahihah, jld. 1, hlm. 304)

Pesanan saya: kita boleh untuk tidak bersetuju dengan pandangan al-albani tetapi janganlah dengan kebencian menyebabkan kita memfitnahnya kerana ia adalah bebanan kita di hari kiamat nanti. Kepada pembuat poster dan mereka yang tolong sebarkan ia dengan tujuan menyokongnya persiapkanlah jawapan anda di hari kiamat nanti. Wallahua'lam.

Sunday, 16 February 2014

[Kritikan Terhadap Video Tafsiran Baru Bagi Lafaz Ya'juj dan Ma'juj]

Tersebar dalam Facebook video yang memberikan tafsiran baru terhadap lafaz Ya'juj dan Ma'juj. Klik di sini untuk menonton video tersebut.

Saya katakan niatnya bagus kerana ingin mengkaji. Tapi metodnya salah kerana hanya merujuk kepada ayat al-Quran tanpa sedikit pun memetik hadis-hadis sahih berkaitan dengan bab ini sehingga mentafsirkan Ya'juj dan Ma'juj sebagai larva gunung berapi. Saya tegaskan bahawa Ya'juj dan Ma'juj adalah MANUSIA. Berikut adalah keterangannya dari hadis:

1. Hadis sahih Muslim:

ويبعث الله يأجوج ومأجوج وهم من كل حدب ينسلون، فيمر أوائلهم على بحيرة طبرية فيشربون ما فيها، ويمر آخرهم فيقولون: لقد كان بهذه مرة ماء، ويحصر بنبي الله عيسى وأصحابه، حتى يكون رأس الثور لأحدهم خيرا من مائة دينار لأحدكم اليوم، فيرغب نبي الله عيسى وأصحابه، فيرسل الله عليهم النغف في رقابهم، فيصبحون فرسى، كموت نفسٍ واحدة

Maksudnya: menghantar ya'juj dan ma'juj dan mereka akan turun dari bukit secara laju. Mereka akan melalui Tasik Tabari dan akan MEMINUM apa yang ada di dalamnya (sampai kering) sehinggakan yang terakhir dari kalangan mereka berkata: tadi ada air di tasik ini. Nabi isa dan pengikutnya akan dikepung sehinggakan kepala kerbau bagi mereka ketika itu lebih bernilai dari seratus dinar bagi kamu hari ini (kerana kelaparan). Nabi Isa dan pengikut bermunajat sehingga Allah menghantar al-naghaf (ulat) di tengkuk mereka dan mereka semua mati serentak seperti matinya satu nyawa (dalam satu jasad).

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa ya'juj dan ma'juj adalah manusia kerana boleh minum, bercakap dan mempunyai tengkuk!

2. Hadis sahih al-Bukhari:

أبشروا فإن من يأجوج ومأجوج ألفا ومنكم رجلا

Maksudnya: (Nabi menyatakan nisbah golongan yang diazab dalam neraka) Bergembiralah, kerana nisbah yang diazab dalam neraka itu ialah dari Ya'juj dan Ma'juj sebanyak seribu sementara dari kalangan kamu (muslimin) seorang (1:1000).

Adakah larva gunung berapi mukallaf sehingga diazab dalam api neraka?

Jadi, tafsiran pembuat video ini ternyata tersasar dari pemahaman sebenar terhadap Ya'juj dan Ma'juj. wallahua'lam.

[Kritikan Terhadap Dakwaan Kassim Ahmad]


Kassim Ahmad menyatakan bahawa hadis-hadis Nabi bercanggah dengan al-Quran. Contohnya seperti berikut:

ولكم عليهن أن لا يوطئن فرشكم أحدا تكرهونه. فإن فعلن ذلك فاضربوهن ضربا غير مبرح

(Hadis riwayat Muslim)

Beliau mentermahkan maksud hadis ini:

Kamu mempunyai (hak) terhadap mereka (yakni isteri-isteri kamu) agar mereka tidak meniduri sesiapa yang tidak kamu sukai. Jika mereka melakukan ini, pukuli mereka tanpa menyebabkan cedera…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

sedangkan al-Quran kata hukman zina ialah sebat. Hadis pula kata hukuman zina bagi orang yang telah berkahwin ialah rejam dengan batu sampai mati.

(Rujuk: http://kassimahmad.blogspot.com/2008/08/hadis-satu-penilaian-semula-21-bab-iv.html)

Jawapan saya seperti berikut:

1. Lafaz itu tiada dalam sahih Bukhari sebaliknya dalam sahih Muslim.

2. Jelas sekali Kassim Ahmad tersalah faham maksud:

لا يوطئن فرشكم أحدا تكرهونه

sehingga dia memaknakanya sebagai:

"jangan isteri kamu berzina di rumah kamu dengan seseorang yang kamu TIDAK SUKAI".

Jika beginilah cara kefahamannya sudah pasti maksud sebaliknya ialah si isteri BOLEH berzina dengan sesiapa yang suami suka. Ini makna yang batil kerana zina tetap haram samada dengan lelaki yang suami suka ataupun tidak.

3. Maksud sebenarnya ialah:

i. Isteri tidak boleh membenarkan sesiapa yang suami tidak suka MASUK ke dalam rumah. Perkataan وطأ bukanlah sentiasa bermaksud persetubuhan. Sebaliknya ia juga bermaksud "menyediakan tempat atau memudahkan tempat untuk seseorang memijak, melangkah (masuk) dan tinggal". Lihat apa kata Ibn Faris:

(وطأ) الواو والطاء والهمزة. كلمة تدل على تمهيد شيء وتسهيله. ووطأت له المكان. والوطاء: ما توطأت به من فراش. ووطئته برجلي أطؤه.

Maksudnya: Wata'a: Wau, to dan Hamzah adalah satu kalimah yang menunjukkan sesuatu yang memulakan sesuatu dan memudahkannya. Contohnya: saya sediakan untuknya satu tempat. al-Wita' pula bermaksud hamparan yang disediakan dan saya memijaknya dengan kaki saya.

ii. Maksud sebenar hadis ini ialah:

"jangan isteri kamu membenarkan seseorang yang kamu TIDAK SUKAI masuk ke rumah kamu".

ii. Jika perkataan وطأ tidak boleh dimaknakan selain persetubuhan adakah kitab al-Muwatta' karya Imam Malik perlu dimaknakan dengan kitab yang telah disetubuhi? Sudah pasti tidak. Ini kerana antara maksud sebenarnya ialah kitab yang dimudahkan urusannya merujuknya kerana ia disusun mengikut bab fiqh.

4. Antara bukti yang menunjukkan makna يوطئن فرشكم bukan zina ialah hadis dalam bab lain menunjukkan si suami yang ingin menuduh isterinya berzina tanpa 4 saksi perlu melakukan sumpah laknat (اللعان).


# Nasihat saya supaya Kassim Ahmad belajar bahasa arab sebelum berani menolak hadis-hadis sahih. Wallahua'lam.

Saturday, 28 December 2013

Abu Syafiq mengutuk tindakan al-Albani yang menyatakan keharusan berlakunya zina terhadap isteri-isteri Nabi sallallah alaih wasallam?

Abu Syafiq mengutuk tindakan al-Albani yang menyatakan keharusan berlakunya zina terhadap isteri-isteri Nabi sallallah alaih wasallam?

Saya nukilkan apa kata al-Albani dalam kitabnya al-Silsilah al-Sahihah (6/27) berkaitan peristiwa al-Ifk (الإفك):

 ولكنه سبحانه صان السيدة عائشة رضي الله عنها
وسائر أمهات المؤمنين من ذلك كما عرف ذلك من تاريخ حياتهن، ونزول التبرئة
بخصوص السيدة عائشة رضي الله عنها، وإن كان وقوع ذلك ممكنا من الناحية
النظرية لعدم وجود نص باستحالة ذلك منهن، ولهذا كان موقف النبي صلى الله عليه
وسلم في القصة موقف المتريث المترقب نزول الوحي القاطع للشك في ذلك الذي ينبئ
عنه قوله صلى الله عليه وسلم في حديث الترجمة: " إنما أنت من بنات آدم، فإن
كنت بريئة فسيبرئك الله، وإن كنت ألممت بذنب فاستغفري الله.. "، ولذلك قال
الحافظ في صدد بيان ما في الحديث من الفوائد: " وفيه أن النبي صلى الله عليه
وسلم كان لا يحكم لنفسه إلا بعد نزول الوحي. نبه عليه الشيخ أبو محمد بن أبي
جمرة نفع الله به ". يعني أن النبي صلى الله عليه وسلم لم يقطع ببراءة عائشة
رضي الله عنها إلا بعد نزول الوحي.

Maksudnya: Tetapi Allah subhanah wataala memelihara Aisyah r.a dan seluruh ummul mukminin daripada (zina) itu seperti mana yang diketahui daripada sejarah hidup mereka (yang suci) dan penurunan (ayat) membersihkan Aisyah (dari tuduhan itu) walaupun perlakuan zina itu dari sudut teori akal tidak mustahil untuk berlaku kerana tiada nas (pada waktu itu) yang menyatakan ia mustahil. Oleh itu pendirian Nabi sallallah alaih wasallam pada kisah itu berlaku adalah seperti pendirian orang yang berhati-hati dan menunggu-nunggu turunnya wahyu yang menghilangkan wasangka terhadap perlakuan itu sepertimana yang dikhabarkan melalui kata-katanya dalam hadis bab ini: "Sesungunhnya engkau adalah perempuan anak Adam, jika engkau tidak bersalah maka Allah akan membersihkan namamu. Jika engkau berdosa maka beristighfarlah kepada Allah". Oleh itu, kata al-Hafiz (Ibn Hajar) ketika membicarakan faedah hadis ini: Pada hadis ini (terdapat faedah) bahawa Nabi sallallah alaih wasallam tidak memutuskan sesuatu untuk dirinya sehinggalah selepas turunnya wahyu (membersihkan nama Aisyah dari perbuatan zina). Syeikh Abu Muhammad Ibn Abi Jamrah menekankan bahawa sesungguhnya Nabi sallallah alaih wasallam tidak yakin dengan bersihnya Aisyah sehinggalah turunnya wahyu (membersihkannya).

Saya simpulkan di sini:

1. al-Albani sekali-kali tidak menghina Aisyah bahkan beliau membincangkan mengapa Nabi sallallah alaih wasallam tidak membuat keputusan terhadap tuduhan itu sebelum turunnya wahyu membersihkan nama Aisyah.
2. Yang dikatakan tidak mustahil itu ialah sebelum turunnya wahyu.
3. Apabila turunnya wahyu, maka secara yakin Aisyah bebas dari tuduhan zina itu. Bahkan al-Albani sendiri mengakuinya di awal perenggan yang saya nukilkan tadi.
4. Jika al-Albani wahabi dengan pandangan ini bagaimana pula Ibn Hajar dan Ibn Abi Jamrah? Adakah mereka juga menghina Aisyah?

* Saya mula meragui kebolehan bahasa Arab individu yang mengaku ustaz ini. Seelok persiapkan hujah di hadapan Allah nanti.

Abu Muaz Muhamad Rozaimi
28 Disember 2013
12.15 tengahari
Sweileh, Jordan

Monday, 23 December 2013

Jawapan kepada fitnah terhadap al-Albani


Tersebar poster seperti ini di internet. Saya katakan ia adalah fitnah terhadap al-Albani. Ya, saya juga mempunyai beberapa perkara yang tidak sependapat dengan pandangan beliau terutama dalam penilaian hadis tetapi tidak perlu untuk fitnahbeliau jika tidak bersetuju dengannya. Jawapan saya secara ringkas seperti berikut:

1. Al-Albani sendiri menafikan secara jelas bahawa beliau tidak mengkafirkan al-Bukhari. Keterangannya seperti berikut:

i. Kata al-Albani kepada muridnya: engkau sendiri mendengar bahawa aku syak (tidak percaya) kalam itu ditulis oleh al-bukhari. Maknanya pada al-Albani kalam itu tidak sabit bagi al-bukhari.

* kalam ini dinukil oleh pembuat poster dalam posternya tetapi seolah beliau tidak faham maksudnya. Saya meragui kebolehan bahasa arab pembuat poster ini.

Persoalannya betulkah kalam itu dari al-bukhari?

al-bukhari mendatangkan tafsiran al-mulk (kerajaan) untuk ayat:

كل شيء هالك إلا وجهه

Ibn hajar menyatakan bahawa tafsiran ini al-bukhari nukilkan dari abu ubaidah ibn al-muthanna dalam manuskrip sahih al-bukhari riwayat al-nasafi.

Maka al-albani menganggap ia bukan kalam al-bukhari. Jadi bagaimana anda boleh katakan beliau mengkafirkan al - Bukhari?

Justeru apa yang dikatakan oleh al-albani ia bukan kalam mukmin?
Jika diteliti al-albani ditanya tentang tafsiran al-mulk kepada ayat yang lain bukan ayat yang ditafsirkan oleh al-bukhari tadi. Ayat yang ditanya kepada al-albani ialah:

ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام

Maka al-albani menyatakan tafsiran itu tidak benar kerana jika ditafsir ayat tadi dengan kerajaan maka sudah pasti maksudnya kekallah KERAJAAN Tuhanmu yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. Sedangkan kerajaan itu makhluk mana mungkin ia akan kekal dan mempunyai keagungan dan kemuliaan? Ia adalah sifat Allah bukan sifat makhlukNya.

Apa yang pasti kalam al-albani ini tidak ditujukan kepada al-bukhari kerana al-bukhari tidak mentafsirkan ayat itu dengan al-mulk tetapi ayat yang lain.

ii. Kata al-Albani lagi: tetapi yang penting kita bersihkan imam al-bukhari daripada takwilan sebegitu terhadap ayat ini kerana beliau imam dalam hadith dan dalam sifat (Allah) dan beliau bermazhab salafi dari sudut akidah.

(Rujuk: al-Albani, mausuah al-albani fi al-akidah, jld. 6, hlm. 326)

Justeru saya ingin bertanya kepada pembuat poster ini, jika al-bukhari kafir di sisi al-albani mengapa al-albani masih mendoakan rahmat kepada al-bukhari dalam banyak kitab-kitabnya (lihat contohnya: irwa'al-ghalil, jld. 1, hlm. 302, silsilah sahihah, jld. 3, hlm. 59, jld. 3, hlm. 145, jld. 4, hlm 184) sedangkan beliau berpandangan haram mendoakan rahmat bagi orang yang mati dalam keadaan kafir? (Lihat: silsilah sahihah, jld. 1, hlm. 304)

Pesanan saya: kita boleh untuk tidak bersetuju dengan pandangan al-albani tetapi janganlah dengan kebencian menyebabkan kita memfitnahnya kerana ia adalah bebanan kita di hari kiamat nanti. Kepada pembuat poster dan mereka yang tolong sebarkan ia dengan tujuan menyokongnya persiapkanlah jawapan anda di hari kiamat nanti. Wallahua'lam.


Abu Muaz Muhamad Rozaimi 
23 Disember 2013
6.30 malam
Sweileh, Jordan

Sunday, 15 December 2013

Benarkah Humaira' Itu Gelaran Bagi Ummul Mukminin Aisyah?

Ada yang bertanya saya tentang status gelaran Humaira' kepada Aisyah. Dalam penulisan kali ini saya akan menyatakan status hadis-hadis yang terdapat lafaz Humaira' kepada Aisyah radhiallah anha:

1. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah:

وكل حديث فيه يا حميراء أو ذكر الحميراء فهو كذب مختلق

Maksudnya: Semua hadis yang ada (lafaz) wahai Humaira' atau sebutan Humaira' adalah dusta dan rekaan. (al-Manar al-Munif, hlm. 60)

2.  Kata al-Zahabi:

وقد قيل: إن كل حديث فيه: يا حميراء، لم يصح، وأوهى ذلك تشميس الماء

Maksudnya: Dikatakan bahawa hadis yang ada lafaz: wahai humaira' tidak sahih dan hadis yang paling lemah ialah hadis tentang air musyammas. (siyar a'lam al-nubala', jld. 3, hlm. 146)

3. Kata al-Mizzi:

كل حديث فيه يا حميراء فهو موضوع إلا حديثا عند النسائي

Maksudnya: Hadis yang ada lafaz wahai Humaira' adalah palsu kecuali satu hadis di sisi al-Nasaie. (al-Masnu' fi Ma'rifat al-Hadith al-Maudhu', hlm. 212)

4. Kata Ibn Hajar selepas membawakan hadis riwayat al-Nasaie:

إسناده صحيح ولم أر في حديث صحيح ذكر الحميراء إلا في هذا

Maksudnya: Sanadnya sahih dan aku tidak menjumpai hadis sahih yang mempunyai sebutan al-Humaira' melainkan hadis ini. (Fath al-Bari, jld. 2, hlm. 444)

* Hadis riwayat al-Nasaie yang dimaksudkan ialah:

عن عائشة، زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: دخل الحبشة المسجد يلعبون فقال لي: يا حميراء أتحبين أن تنظري إليهم فقلت: «نعم، فقام بالباب وجئته فوضعت ذقني على عاتقه فأسندت وجهي إلى خده» قالت: «ومن قولهم يومئذ أبا القاسم طيبا» فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «حسبك» فقلت: يا رسول الله لا تعجل، فقام لي ثم قال: «حسبك» فقلت: «لا تعجل يا رسول الله» قالت: «وما لي حب النظر إليهم، ولكني أحببت أن يبلغ النساء مقامه لي ومكاني منه»

Terdapat satu lagi hadis riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan lafaz berikut:

عن أم سلمة رضي الله عنها قالت : ذكر النبي صلى الله عليه و سلم خروج بعض أمهات المؤمنين فضحكت عائشة فقال : انظري يا حميراء أن لا تكوني أنت ثم التفت إلى علي فقال : إن وليت من أمرها شيئا فارفق بها

Dari Umm Salamah: Nabi sallallah 'alaih wasallam menceritakan tentang akan keluarnya sebahagian isteri-isterinya, maka Aisyah pun ketawa. Nabi sallallah alaih wasallam bersabda: Lihatlah Aisyah supaya yang keluar itu bukan kamu. Kemudian baginda memandang Ali lantas berkata: Jika kamu dilantik untuk menguruskannya maka berlemah lembutlah dengannya.

Ulama hadis berbeza pendapat tentang status hadis ini.

1. al-Hakim dan al-Zurqani menyatakan ia sahih. (Lihat: Tuhfat al-Tolib bi Ma'rifat Ahadith Ibn al-Hajib, hlm. 142)

2. Sebahagian ulama hadis terkini mendaifkan hadis ini seperti syeikh Syahatah Muhammad Saqar, Syeikh Saad al-Humaid dan Abdul Rahman Muhammad Said Dimasyqiah. (Lihat: Ummuna Aisyah, hlm. 60, Ahadith Yahtajj biha al-Syiah, jld. 1, hlm. 170):

Setelah meneliti sanad hadis ini saya mendapati hadis ini daif kerana 2 sebab:

1. Salah seorang perawi hadis ini iaitu Abdul Jabbar ibn al-Ward dipertikaikan ingatannya. Tambahan pula beliau menyendiri (tafarrud) dalam riwayat ini. Oleh itu Ibn Kathir menyatakan hadis ini terlalu gharib (ganjil). (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 6, hlm. 212)

2. al-'Alaie menukilkan pendapat yang menyatakan Salim bin Abi al-Ja'd meriwayatkan hadis ini dari Umm Salamah sedangkan beliau tidak pernah mendengar darinya. Ini bermakna hadis ini sanadnya terputus. (Lihat: Jami' al-Tahsil,jld.  1, hlm. 179)

Kesimpulannya:

Hadis yang sahih yang terdapat lafaz Humaira' ialah hadis riwayat al-Nasaie. Maka gelaran itu sabit bagi beliau dan ia bermaksud kulit yang kemerah-merahan. Bukan bermaksud himar kecil seperti yang dicangkan oleh Syiah. Bukanlah maksud saya untuk merendah-rendahkan Umm al-Mukminin Aisyah dengan perbincangan seperti ini. Beliau adalah ibu kita yang agung bahkan beliau adalah antara Fuqaha' dalam kalangan sahabat Nabi sallallah alaih wasallam. Tetapi maksud saya ialah memberi kaedah kepada kita supaya dapat menilai hadis yang ada dalamnya lafaz Humaira' iaitu jika ada hadis lain yang ada lafaz ini maka kita boleh agak statusnya. Wallahua'lam.

Abu Muaz Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
2.04 petang
15 Disember 2013