Sunday, 16 February 2014

[Kritikan Terhadap Dakwaan Kassim Ahmad]


Kassim Ahmad menyatakan bahawa hadis-hadis Nabi bercanggah dengan al-Quran. Contohnya seperti berikut:

ولكم عليهن أن لا يوطئن فرشكم أحدا تكرهونه. فإن فعلن ذلك فاضربوهن ضربا غير مبرح

(Hadis riwayat Muslim)

Beliau mentermahkan maksud hadis ini:

Kamu mempunyai (hak) terhadap mereka (yakni isteri-isteri kamu) agar mereka tidak meniduri sesiapa yang tidak kamu sukai. Jika mereka melakukan ini, pukuli mereka tanpa menyebabkan cedera…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

sedangkan al-Quran kata hukman zina ialah sebat. Hadis pula kata hukuman zina bagi orang yang telah berkahwin ialah rejam dengan batu sampai mati.

(Rujuk: http://kassimahmad.blogspot.com/2008/08/hadis-satu-penilaian-semula-21-bab-iv.html)

Jawapan saya seperti berikut:

1. Lafaz itu tiada dalam sahih Bukhari sebaliknya dalam sahih Muslim.

2. Jelas sekali Kassim Ahmad tersalah faham maksud:

لا يوطئن فرشكم أحدا تكرهونه

sehingga dia memaknakanya sebagai:

"jangan isteri kamu berzina di rumah kamu dengan seseorang yang kamu TIDAK SUKAI".

Jika beginilah cara kefahamannya sudah pasti maksud sebaliknya ialah si isteri BOLEH berzina dengan sesiapa yang suami suka. Ini makna yang batil kerana zina tetap haram samada dengan lelaki yang suami suka ataupun tidak.

3. Maksud sebenarnya ialah:

i. Isteri tidak boleh membenarkan sesiapa yang suami tidak suka MASUK ke dalam rumah. Perkataan وطأ bukanlah sentiasa bermaksud persetubuhan. Sebaliknya ia juga bermaksud "menyediakan tempat atau memudahkan tempat untuk seseorang memijak, melangkah (masuk) dan tinggal". Lihat apa kata Ibn Faris:

(وطأ) الواو والطاء والهمزة. كلمة تدل على تمهيد شيء وتسهيله. ووطأت له المكان. والوطاء: ما توطأت به من فراش. ووطئته برجلي أطؤه.

Maksudnya: Wata'a: Wau, to dan Hamzah adalah satu kalimah yang menunjukkan sesuatu yang memulakan sesuatu dan memudahkannya. Contohnya: saya sediakan untuknya satu tempat. al-Wita' pula bermaksud hamparan yang disediakan dan saya memijaknya dengan kaki saya.

ii. Maksud sebenar hadis ini ialah:

"jangan isteri kamu membenarkan seseorang yang kamu TIDAK SUKAI masuk ke rumah kamu".

ii. Jika perkataan وطأ tidak boleh dimaknakan selain persetubuhan adakah kitab al-Muwatta' karya Imam Malik perlu dimaknakan dengan kitab yang telah disetubuhi? Sudah pasti tidak. Ini kerana antara maksud sebenarnya ialah kitab yang dimudahkan urusannya merujuknya kerana ia disusun mengikut bab fiqh.

4. Antara bukti yang menunjukkan makna يوطئن فرشكم bukan zina ialah hadis dalam bab lain menunjukkan si suami yang ingin menuduh isterinya berzina tanpa 4 saksi perlu melakukan sumpah laknat (اللعان).


# Nasihat saya supaya Kassim Ahmad belajar bahasa arab sebelum berani menolak hadis-hadis sahih. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment