Wednesday, 28 November 2012

Hakikat hadis berniaga adalah 9/10 dari sumber rezeki

Ada yang bertanya kepada saya tentang status hadis yang masyhur dalam kalangan Muslimin: Berniaga itu adalah 9/10 dari rezeki. Saya akan huraikan jawapan untuk pertanyaan tersebut seperti berikut:

1. Hadis tersebut datang dengan lafaz:

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ

Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.

- Lafaz ini diriwayatkan oleh Musaddad dalam musnadnya (Lihat: Ibn Hajar, al-Matalib al-'aliah, jld. 7, hal. 352)

- Abu Ubaid juga menyebut hadis ini dalam kitabnya Gharib al-hadith (jld. 1, hal. 299)

Komentar terhadap hadis:

- Al-Busiri menyatakan bahawa sanad hadis ini lemah disebabkan Nuaim itu tidak dikenali. (Rujuk: Ithaf al-Khiarah, jld. 3, hal. 77)

- Abu Hatim al-Razi menyatakan bahawa beliau meriwayatkan hadis dari Nabi secara mursal (terputus sanad), ini bermakna beliau adalah tabi'in dan bukannya sahabat. Ini bermakna sanadnya terputus. (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 8, hal. 461)

- Dakwaan Ibn Mandah bahawa beliau adalah sahabat tidak benar kerana al-Bukhari (rujuk: al-Tarikh al-Kabir, jld. 8, hal. 97) Ibn Hibban (rujuk: al-Thiqat, jld. 5, hal. 477) dan Abi Hatim al-Razi  (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 8, hal. 461) menyatakan beliau adalah tabi'in.  Pandangan inilah yang disokong oleh Ibn Hajar. (rujuk: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, jld. 6, Hal. 510)

- Kesimpulan: Hadis ini daif kerana mursal (sanadnya terputus)

Hadis ini juga diriwayatkan dari jalur Yahya bin Jabir al-Taii riwayat Said bin Mansur dalam sunannya seperti yang disebut oleh al-Suyuti dalam kitabnya al-Jami' dan ia juga daif disebabkan mursal (sanadnya terputus). (Rujuk: al-Suyuti, al-Jami' al-Saghir, jld. 14, hal. 55)

2. Terdapat juga hadis lain dengan makna yang lebih kurang sama dengan hadis di atas:

- يا معشر قريش لا يغلبنكم الموالي على التجارة فإن الرزق عشرون بابا تسعة عشر منها للتاجر وباب واحد منها للصانع وما أملق تاجر صدوق إلا فاجر حلاف مهين

Maksudnya: Wahai sekalian Quraisy, jangan biarkan bangsa asing menguasai perniagaan, sesungguhnya rezeki itu mempunyai 20 pintu, 19 daripadanya adalah daripada perniagaan dan satu pintu (rezeki) lagi daripada pembuat (manufacturer). Sekali-kali peniaga yang bercakap benar tidak akan menjadi miskin kecuali jika dia jahat (penipu) selalu bersumpah dan hina.

Hadis ini riwayat Ibn al-Najjar (rujuk: kanz al-Ummal, jld. 4, hal. 60) dan al-Dailami (rujuk: al-Firdaus, jld. 5, hal. 287) daripada Ibn Abbas.

Komentar terhadap hadis:

al-Dailami meriwayatkan hadis ini secara ta'liq (tanpa menyebut sanadnya) manakala sanad Ibn Najjar pula terdapat perawi yang bernama Mindal bin Ali dan Imam Ahmad, Yahya ibn Ma'in dan Abu Zur'ah mengatakan bahawa dia lemah (daif). (Rujuk: al-Uqaili, al-Dhu'afa', jld. 4, hal. 266, al-zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 4, hal. 180)

- Terdapat Ibn Juraij dalam sanad ini dan dia merupakan mudallis yang meriwayatkan secara al- 'an'anah (العنعنة) menyebut 'an sahaja tanpa menyatakan dia mendengar hadis ini secara jelas. Maka hadis ini daif.

- Hadis ini diriwayat juga dari jalur yang lain:

عمر بن حفص ، نا ابن جريج ، عن عطاء عن ابن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا معشر قريش لا يغلبنكم الموالي على التجارة ، فإن البركة في التجارة فصاحبها لا يفتقر (1) ، إلا تاجر حلاف مهين

Riwayat Ibn al-A'rabi dalam mu'jamnya (jld. 3, hal. 232)

- Hadis ini juga daif (lemah) disebabkan umar bin Hafs. al-Baihaqi mendaifkannya. (rujuk: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 1, hal. 566)

- Terdapat Ibn Juraij dalam sanad ini dan dia merupakan mudallis yang meriwayatkan secara al- 'an'anah (العنعنة) menyebut 'an sahaja tanpa menyatakan dia mendengar hadis ini secara jelas. Maka hadis ini daif.

- Hadis ini juga tidak menyebut tentang bilangan pintu rezeki seperti hadis sebelum ini. Ini bermakna hadis ini tidak boleh menguatkan hadis di atas.

- Hadis ini diriwayatkan juga dari Ibn Mas'ud:

 ( الرزق عشرون بابا فتسعة عشر بابا للتاجر وباب للصانع بيده )

Maksudnya: Rezeki itu ada 20 pintu, 19 daripadanya untuk peniaga, dan satu untuk pembuat (manufacturer) dengan tangannya.

Hadis ini riwayat Ibn Abi al-Dunia dalam kitab Islah al-Mal (hal. 73)

Tetapi hadis ini daif jiddan (terlalu lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Juwaibir bin Said dan dia dihukum matruk. (Rujuk: al-zahabi, al-kasyif, jld. 1, hal. 298)


Kesimpulan:
Tidak ada satu riwayat pun sahih@hasan dalam bab ini. Manakala hadis-hadis ini juga tidak boleh dinaiktaraf menjadi hasan lighairih kerana sebahagiannya daif jiddan dan sebahagian lainnya pula tidak mempunyai lafaz bilangan pintu rezeki yang dinyatakan. Maka semua riwayat dalam bab ini daif. Wallahua'lam.

9 comments:

  1. walaupun makna hadith ni secara zahirnya sahih, dan hakikat y kita lihat pd hari ni jg menunjukkn bhw kbanyakn punca rezeki itu dtg dr berniaga namun utk sandarkannya bhw ini adalah pengiktirafan dr nabi saw itu sendri, maka ia adalah lemah. Oleh itu, dlm Islam mgalakkan umatnya bekerja, x mkhususkn ap2 bdg y dceburi.. secara amnya rezeki itu milik ALLAH semata,
    mberi rezeki kpd siapa y dkehendaki dgn jln y DIA kehendaki..
    p/s: sila ta'liq ustz rozaimi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Saya sependapat dengan anda.. Islam itu adil, tidak mengkhususkan bidang yang diceburi.. Disebalik perniagaan ada pembuatan, tanpa bidang kejuruteraan dan pembuatan masa kini, banyak produk yang kita tidak dapat niagakan..

      Segala pekerjaan berkait rapat.. Dari idea kepada pembuatan dan seterusnya kepada penjualan (perniagaan)..

      Islam meraikan semua pekerjaan yang halal dan berintegriti..

      Wallahua'alam..

      Delete
  2. Islam kata sebaik-baik pekerjaan adalah kerja hasil tgn sendiri seperti riwayat Bukhari:

    ( ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده وإن نبي الله داود عليه السلام كان يأكل من عمل يده )

    maka dapat difahami secara umum semua pekerjaan hasil tgn sendiri (seperti tukang besi, ukiran, khat, bercucuk tanam) adalah baik di sisi Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapi tidak bermakna berniaga tidak baik bahkan Nabi juga pernah berniaga Wallahua'lam

      Delete
    2. Nabi saw pernah berniaga maknanya baginda peniaga yang paling baik. Mohon ditulis artikel lain yang mrngumpul & membicarakan hadis2 sahih berkaitan perniagaan.

      Delete
  3. Pendapat Imam al-Sayuthi perihal hadith ni? ad stegah blog y ana bc, mngatakn imam al-Sayuthi menghasankan (hasan lighairih) hadith ni..
    Rujuk: http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=6295

    ReplyDelete
  4. Allahumma salli `ala muhammad wa`ala aali muhammad....


    Assalamualaikum...maaf tuan rumah..saya mengambil kesempatan disini...sebab ini adalah peluang buat kita semua...

    Membongkar Rahsia menjana pendapatan mudah hanya dengan telefon bimbit...

    Tone excel bukanlah program MLM,

    Tone Excel adalah Program Rujukan Komuniti.

    Tone Excel adalah Sebuah Program yang baik... Dari (TUNE TALK.)

    Konsepnya adalah perkongsian keuntungan antara syarikat dengan pengguna melalui penjimatan kos pengiklanan...

    Hanya ikuti 3 Langkah mudah untuk jana pendapatan;

    1- Guna simkad Tone Excel seperti biasa...
    2- Cerita kepada semua kenalan tentang kebaikkan simkad Tone Excel...
    3- Bila mereka join dan ikut serta pakai Simkad Tone Excel, Syarikat bayar komisen secara berterusan...

    ps: Bukan itu sahaja.. setiap topup..sesiapa yang anda taja..seberapa ramai orang anda taja..semua mereka menopup topup simkad kredit hanset.. pun syarikat bayar komisen secara berterusan tanpa putus-putus...
    --> Jangan bimbang.. Liputan jaringan yang luas kerana menggunakan infrastruktur rangkaian Celcom,seluruh malaysia..



    #call / #wechat / #whatsapp / #Pm FB.
    019-729 2785...

    #Facebook..
    --> https://m.facebook.com/?_rdr#!/home.php?soft=more

    #Fenomena Ni Mungkin Hadir Sekali Sahaja Dalam Hidup Kita... #bertindakk sekarang!!!

    ®Saya tak tahu macam mana lagi nak maklum pada semua...ini betul-betul peluang keemasan...

    ReplyDelete
  5. Walaupun dhaif...boleh beramal dgnnya...tp tidak boleh berhujah dengannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kurang tepat untuk mengatakan boleh beramal dengannya. W.a

      Delete