Benarkah penghafal al-Quran boleh beri syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya?
Saya sering kali ditanya tentang soalan ini, untuk merungkai persoalan di atas, beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian:
- Hadis tentang penghafal al-Quran boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya diriwayatkan dengan jalan berikut:
1. Riwayat Ali bin Abi Talib:
Maksudnya: Hadis ini gharib, kami tidak ia diriwayatkan melainkan dgn sanad ini sahaja. Sanadnya tidak sahih kerana Hafs bin Sulaiman didaifkan dalam periwayatan hadis.
2. Riwayat Aisyah:
Saya sering kali ditanya tentang soalan ini, untuk merungkai persoalan di atas, beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian:
- Hadis tentang penghafal al-Quran boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya diriwayatkan dengan jalan berikut:
1. Riwayat Ali bin Abi Talib:
حفص بن سليمان (2) عن كثير بن زاذان (1) عن عاصم بن ضمرة عن علي بن أبي طالب قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وعلى آله وسلّم: ((من قرأ القرآن واستظهره فأحلّ حلاله وحرّم حرامه، أدخله الله به الجنّة، وشفّعه في عشرة من أهل بيته كلّهم وجبت له النّار)).
Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Qur'an kemudian mampu mengeluarkannya (menghafalnya), menghalalkan segala yang dihalalkan oleh al-Quran, mengharamkan semua yang al-Quran haramkan, (nescaya) Allah memasukkannya dalam syurga dan memberi syafaat kepada 10 orang dari ahli keluarganya.
Komentar terhadap hadis:
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam sunan (4/345), Imam Ahmad dalam Musnad (1/148-149), al-Ajurri dalam Kitab al-Syariah (350), Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan (1/255), dan al-Khatib dalam kitab Muwadhih al-Jama' wa al-Tafriq (2/331).
- Kecacatan hadis:
i. Kathir bin Zazan (1):
- Beliau merupakan perawi yang tidak dikenali sepertimana yang disebut oleh Abu Hatim, Abu Zur'ah dan Ibn Ma'in . (Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 3, hal. 403)
- al-Zahabi menyatakan beliau meriwayatkan hadis munkar (terlalu lemah) dari Asim bin Dhamrah. (Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 3, hal. 403) Perlu diingat hadis ini adalah riwayat beliau dari Asim, maka hadis ini munkar (terlalu lemah).
ii. Hafs bin Sulaiman:
- Beliau adalah perawi yang matruk (ditinggalkan oleh ulama hadis kerana terlalu daif) walaupun beliau adalah imam dalam bidang qiraat. (Rujuk: Ibn Hajar, Taqrib al-Tahzib, jld. 1, hal. 172)
Kesimpulan:
Hadis ini terlalu lemah dan tidak boleh dijadikan dalil dalam bab akidah (syafaat). Oleh itu Imam al-Tirmizi sendiri mendaifkan hadis ini dengan berkata:
هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه وليس إسناده بصحيح و حفص بن سليمان يضعف في الحديث
Maksudnya: Hadis ini gharib, kami tidak ia diriwayatkan melainkan dgn sanad ini sahaja. Sanadnya tidak sahih kerana Hafs bin Sulaiman didaifkan dalam periwayatan hadis.
من تعلم القرآن أدخله الله الجنة وشفعه في عشرة من أهل بيته كل قد استوجب النار.
Maksudnya: Sesiapa yang mempelajari al-Qur'an maka Allah akan masukkannya ke dalam syurga dan memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang sepatutnya ke neraka.
Komentar terhadap periwayatan hadis:
i. Hadis ini riwayat Ahmad bin Muhammad bin Husain al-Saqatiy.
- al-Khatib al-Baghadi dan Ibn Jauzi menyatakan hadis ini tidak sabit (sahih). (Rujuk: al-Ilal al-Mutanahiyah, jld. 1, hal. 114, al-Syaukani, al-Fawaid al-Majmu'ah, hal. 309)
- al-Zahabi menaqalkan pandangan bahawa Ahmad bin Muhammad al-Saqatiy ini adalah pemalsu hadis dan menyandarkan hadis ini kepada ibn Ma'in. (Rujuk: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 1, hal. 135-136)
Kesimpulan:
Hadis ini terlalu lemah kerana perawinya (Ahmad bin Muhammad al-Saqatiy) dituduh memalsukan hadis.
- Justeru, tidak ada satu riwayat pun yang sahih berkenaan tajuk ini. Jadi, saya menyeru supaya ustaz-ustaz berhenti menjadikan hadis ini sebagai hujah dalam ceramah kerana ia tidak sabit dari Nabi s.a.w. Ingatlah amaran baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang mendustakan aku secara sengaja, maka tunggulah tempatnya di neraka". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
- Tetapi tidak dinafikan terlalu banyak hadis tentang kelebihan menghafal al-Qur'an. antaranya sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaca al-Quran dlm keadaan dia menghafalnya dia menghafalnya maka dia berada bersama dgn utusan mulia yang baik (malaikat), dan sesiapa yang membaca al-Qur'an dan dia mengulanginya bacaannya dan berasa susah maka dia mendapat dua pahala". (Hadis riwayat Bukhari, jld. 4, hal. 1882, no. hadis: 4653)
Cukuplah dengan hadis yang sahih dan hasan daripada terus membaca hadis yang terlalu lemah (daif).
"Sesiapa yang membaca al-Quran dlm keadaan dia menghafalnya dia menghafalnya maka dia berada bersama dgn utusan mulia yang baik (malaikat), dan sesiapa yang membaca al-Qur'an dan dia mengulanginya bacaannya dan berasa susah maka dia mendapat dua pahala". (Hadis riwayat Bukhari, jld. 4, hal. 1882, no. hadis: 4653)
Cukuplah dengan hadis yang sahih dan hasan daripada terus membaca hadis yang terlalu lemah (daif).
Rozaimi Ramle
15 Oktober 2011
Amman, Jordan.
Terima kasih atas perkongsian ustaz, sya nk tnya, hadis doif ini ianya boleh dibuat amal tetapi tidak boleh dibuat hujah,adakah itu benar?
ReplyDeletehadis daif yg dibenarkan utk beramal adalah hadis daif yg ringan bukan terlalu lemah. Majoriti ulama benarkan beramal dengan hadis daif dgn 3 syarat:
ReplyDelete1. Daifnya ringan
2. Tidak menyandarkannya pada nabi bahkan beramal dengannya kerana berhati-hati sahaja.
3. Hadis daif itu tidak membawa amalan yang baru, sebaliknya amalan itu telah dtg dgn sahih/hasan yang lain.
Kalo anta tgk syarat yg ketiga tu, ia sebenarnya dh menghapuskan keharusan beramal dgn hadis daif secara total. Sebabnya, ia mensyaratkan amalan itu mesti telah dtg dlm hadis yg sabit (sahih/hasan). Ini bermakna, kita beramal bkn sbb hadis daif tu, tp sbb hadis yg sahih/hasan. Wallahua'lam
"Sesiapa yang mendustakan aku secara sengaja, maka tunggulah tempatnya di neraka"... na'uzubillah.
ReplyDeletesyukran ustaz, atas perkongsian.
Afwan
Deletesyukran atas perkongsian, ustaz..
ReplyDeletesaya ada soalan nak tanya ni..
1)kalau bab fadhoil amal hadith ni boleh pakai x?
2)yang paling jelas.. memang kita ikut pendapat Imam Bukhari dan Muslim yg telah disokong Mazhab Maliki dan Imam Syafie iaitu tidak boleh beramal langsung dengan hadis dhaif walau apapun? atau kita ikut Imam Nawawi dan AlHafiz Ibn Hajar iaitu boleh beramal dgn bersyarat?
3)dalam amalan kita ikut Imam Syafie.. jadi kita kena ikut pendapat die juga ke iaitu tidak boleh beramal dgn hadith dhaif?
4)kalau kita ambil pendapat yg lain adakah dikira sebagai ikhtilat mazhab?
fadail a'mal hnya dgn hds daif ringan bkn hds daif berat seperti hds ni
ReplyDeleteSyukran Ustaz,
Deletesoalan pertama dah terjawab..
lagi 3 tu macam mana ustaz?
ana jwb soalan terakhir: sbnrnya smua org dh terlibat dgn talfiq mazhab pd hari ni..xde sape dr org awam yg blh kata die bermazhab syafie sbb mzhb die sbnrnya adlh mzhb mufti die..maka dlm ni talfiq x blh dielakkan..perlu diingat talfiq pd istilah usul hnya utk muqallid bkn muttabi' (yg tahu dalil)..kalo tukar mazhab kerana tahu dalil mazhab asal lemah maka ia x dilarang
ReplyDeletesoalan 2&3 ana x jwb sbb x phm
This comment has been removed by the author.
Deleteooo.. syukran ustaz..
Deletesebenarnye penerangan ustaz ni da jawab skali dengan soalan 3 tu.. jd ustaz, ape hukum talfiq mazhab utk yg muqallid tu? xpe ke? sy ade dengar dari ustaz Anwar kalau sahabat2 dan ulama2 senang je nak maqbul doanye sbb amalannya x prnah salah.. jd kalau talfiq mazhab pun boleh jd salah ke amalan kite? dan bleh terbatal ke?
dan yg soalan 2 tu sbnrnye saya minta pendapat yg pling rajih.. tolak terus hadith dhaif tu ataupun boleh beramal dengan bersyarat?
xde beza pun antara pndpt kedua dan pertama
ReplyDeleteterima kasih atas penjelasanya, salam
ReplyDeleteMajakani kanza asli
Assalamualaikum ust. Saya nak bertanya, apakah hadis hadis yang sahih dan hasan mengenai fadhilat orang yang menghafal al quran. adakah wujud hadis yang sahih mengenai penghafal quran boleh memberi syafaat kepada keluarga?
ReplyDelete